Friday, June 18, 2010

3 Doa 3 Cinta

Gandingan Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo memang dinantikan setelah kejayaan fenomena Ada Apa Dengan Cinta 8 tahun yang lalu. Aku akui, filem tersebut masih menjadi kegemaran aku sehingga kini.

3 Doa 3 Cinta mengisahkan kehidupan 3 orang pelajar pondok. Mereka sedang bersiap untuk menghadapi peperiksaan terakhir sebelum menamatkan pengajian mereka. Dalam tempoh tersebut, mereka merencana kehidupan selepas menamatkan pengajian kelak.

Secara keseluruhannya filem ini berselirat dengan kisah 3 pemuda tersebut. Cerita -ceritanya agak baik, tetapi digubah dengan cara yang kurang menarik dan dibiarkan terapung begitu sahaja. Pengakhirannya juga agak mendatar.

Dari sega temanya, ia agak kabur. Ia bukan filem bertemakan percintaan atau persahabatan, mungkin '3 Cinta' itu merujuk kepada cinta ibu bapa atau cita -cita. Tetapi itupun tema tersebut tidak diberi penekanan. Yang pasti ia bukan filem dakwah, kerana unsur Islamiknya hanya terletak pada imej sekolah pondok sahaja.

Sedikit mengecewakan, Dian Sastrowardoyo tidak memainkan peranan yang penting dalam filem ini, mungkin gandingannya dengan Nicholas sekadar tarikan promosi sahaja. Dan mengejutkan, dia tampak terlalu seksi kali ini. Rating 6/10.

No comments:

Post a Comment