Wednesday, June 23, 2010

Waltz With Bashir


Waltz With Bashir merupakan filem dokumentari-animasi 2D Israel yang dikeluarkan pada tahun 2008. Ia telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan antarabangsa pada tahun tersebut. Namun ia telah diharamkan tayangannya di beberapa negara Arab dan dunia Islam umumnya.


Ia merupakan dokumentasi mengenai apa yang berlaku di Beirut pada tragedi Sabra dan Shatilla pada September 1982. Ari Folman (watak utama) merupakan tentera simpanan Israel yang kehilangan ingatan mengenai tragedi berdarah tersebut. Akibat diganggu mimpi yang tidak menyenangkan, dia menemui rakan -rakan lamanya di dalam tentera dan pakar psikologi bagi membantu beliau mengembalikan ingatannya.

Secara umumnya, walaupun didakwa memaparkan fakta sebenar, filem ini jelas membawa propaganda Yahudi. Memang jelas dipaparkan di dalam filem ini bahawa tentera Zionis bertanggungjawab dalam tragedi tersebut (disamping Parti Phalangist Kristian). Namun filem ini cuba membawa tona lembut kepada umum bahawa  tentera Israel merupakan watak sampingan sahaja.

Namun pada hemat saya, ia tetap sebuah filem dokumentari yang menarik dan boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang berminat untuk mengetahui sejarah Sabra dan Shatilla. Cuma sematkan di dalam hati bahawa ia merupakan filem propaganda yang jelas bias kepada Israel.

No comments:

Post a Comment