Thursday, June 3, 2010

JDrama: Shinzanmono

Aku merupakan peminat setia Abe Hiroshi. Aku telah menonton kebanyakan hasil kerjanya, terutamanya drama -drama pasca tahun 2000. Hasil lakonannya yang paling aku ingati adalah dalam Drama Kekkon Dekinai Otoko (Unmarried Man) dan juga Dragon Zakura.

Shinzanmono (Newcomer) merupakan drama terbarunya dan sedang ditayangkan di Jepun. Ketika rebiu ini ditulis, ia telah sampai ke episod ke 4.

Ia mengisahkan Kaga Kyoichiro, seorang detektif yang baru berpindah ke bandar Nihonbashi. Dia ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan seorang wanita yang bernama Mitsui Mineko, yang ditemui mati dicekik di rumahnya.

Episod pertama siri ini sebenarnya tidak memberi impresi yang memberansangkan pada aku. Kisah tipikal seorang detektif yang bijak membaca situasi dan perwatakan ala Sherlock Holmes, seterusnya menggunakan kebolehan tersebut untuk menyelesaikan kes jenayah.

Tetapi apabila terus menonton pada episod -episod seterusnya, perspektif dan penilaian aku turut berubah. Kes asal hanya melibatkan pembunuhan Mitsui sahaja, tetapi cerita dikembangkan kepada cerita tersendiri setiap saksi -saksi yang terlibat. Ramai saksi tidak bercakap benar atas alasan tersendiri dan ia merumitkan lagi keadaan. Jadi gabungan kisah -kisah ini dikoloborasi dan dikembangkan sebaiknya. Jadi tema utama drama ini sebenarnya bukannya kepolisan atau jenayah, lebih kepada drama kekeluargaan.

Ia bukanlah drama yang terbaik yang wajib ditonton atau persembahan terbaik daripada Abe, tetapi setakat ini, ia agak menghiburkan dan aku pasti akan terus menontonnya. Rating 7.5/10.

Nota:
JDrama terkini lain yang sedang aku ikuti (untuk Musim Bunga 2010) adalah Tsuki No Koibito (Moon Lover)
Sumber muat -turun aku untuk JDrama adalah http://www.jdramazone.com/

No comments:

Post a Comment