Friday, June 11, 2010

Jamila Dan Sang Presiden


Jamila Dan Sang Presiden merupakan filem kritik sosial dari negara seberang Indonesia.

Ia menceritakan kisah seorang pelacur bernama Jamila yang dituduh membunuh seorang menteri kabinet. Kesnya mendapat liputan meluas masyarakat. Sebahagian masyarakat menanggapnya sebagai mangsa keadaan manakala kerajaan memberi tekanan supaya Jamila dihukum mati. Presiden Indonesia dikaitkan di sini kerana beliau mempunyai autoriti untuk memberi pengampunan kepada Jamila sekiranya mahkamah mendapati Jamila bersalah dan dihukum mati.

Filem ini mengenengahkan isu penyeludupan manusia (human -trafficking) dan pelacuran di bawah umur di Indonesia, serta peranan ahli poiltik ulama dan ahli masyarakat.

Secara keseluruhannya, ia merupakan filem sederhana. Apa yang menarik perhatian penulis adalah, filem kritik sosial sebegini jarang mendapat tempat di dalam masyarakat Malaysia. Masyarkat kita lebih gemarkan filem picisan bertemakan cinta, seram dan jenaka.

No comments:

Post a Comment