Saturday, March 20, 2010

Ahli Parlimen Bebas

Sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Isnin lalu menyaksikan 7 Ahli Parlimen Bebas diletakkan dalam satu kelompok di Dewan Rakyat.

7 Ahli Parlimen Bebas tersebut adalah:
  1. Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas)
  2. Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru)
  3. Tan Tee Beng (Nibong Tebal)
  4. Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai)
  5. Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar)
  6. Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau)
  7. Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu)

Kedudukan terkini tersebut sudah pasti mengurangkan kekuatan Pakatan Rakyat di Parlimen. Tetapi jika dilihat dari sudut yang lebih positif, setidak -tidaknya musuh dalam selimut atau mereka yang berpotensi untuk menjadi duri dalam daging telah menzahirkan pendirian mereka.

Pada rakyat biasa, mereka mungkin melihat ini merupakan permulaan kepada kewujudan kuasa kecil yang baharu, kuasa ketiga yang bakal membawa impak kepada dominasi kuasa BN dan kebangkitan PR. Samada impak tersebut akan kesan positif atau sebaliknya, masa akan menentukan.

Perjuangan secara bebas dan tidak berpihak mungkin nampak ideal dan menarik. Tetapi, saya percaya trend ini hanya bersifat semasa dan 'mereka -mereka yang tidak berpendirian ini' mungkin tidak lagi relevan pada masa akan datang. Mereka sudah pasti ditolak oleh PR dan penyokongnya, dan diragui kesetiaannya oleh pihak BN dan penyokongnya. Dengan sumber yang terhad (dan sumber -sumber yang kita ragui), mereka mungkin boleh bertahan sementara waktu ini.

Tetapi tidak adil kerana rakyat biasa saya yang bukannya tahu atau faham benar dengan apa yang berlaku di belakang tabir permainan politik ini. Justeru, diharapkan agar wakil rakyat bebas ini 'benar -benar bebas' dan benar -benar mewakili rakyat dan bukannya menjadi instrumen mana -mana pihak.

1 comment:

  1. cantas semua musuh dlm selimut yg ada...buat apa nk disimpan lama2..Tiada 'baiah' kpd pemimpin langsung.Apa yg sebenarnya yg nk mrka perjuangkan..keluar pakatan rakyat..terus guna tiket Bebas.Hari tu senang2 jer pakai tiket pembangkang.Tapi....kini dh beralih arah..jd joke plak nampaknya..lompat sana sini..bila dh keluar, semua nk dihebohkan..cth mcm suami isteri lah..ms bahagia, semunya elok, tp bila dh bercerai, semua yg buruk diceritakan..he3..pelik pelik pelik itulah namanya manusia...mudah lupa...

    ReplyDelete