Apakah yang yang mampu dilakukan oleh seorang doktor pakar pembedahan otak zaman ini apabila dia merentasi masa dan berada 150 tahun ke belakang? Adakah dia akan mengubah sejarah perubatan? Dia telah mendahului Alexander Flemming mencipta Penisilin, memperkenalkan pelbagai alat pembedahan dan teknik perubatan, mencari penyelesaian kepada penyakit siflis, kanser payudara dan kolera, melakukan pembedahan plastik dan sebagainya.
Jin mengisahkan Jin Minakata (Osawa Takao), seorang doktor yang kemurungan setelah pembedahan yang dilakukannya ke atas kekasihnya menemui kegagalan. Berikutan satu fenomena yang tidak dapat diperjelaskan, dia telah kembali ke Zaman Edo (1862) dan tinggal bersama sebuah keluarga Samurai yang telah terhutang budi kepadanya. Anak perempuan keluarga tersebut, Tachubana Saki (Aso Yumi), tertarik kepada Jin dan berminat untuk menjadi pembantunya.
Formula drama ini pernah digunakan banyak kali (Step Into A Past, Back To The Future, dsbgnya). Cuma perbezaan besarnya, hero drama ini bertindak radikal dan berani mengubah sejarah atas prinsip kedoktoran dan kemanusiaan. Dan perubahan -perubahan tersebut diharapkannya mampu mengubah nasib kekasih hatinya pada masa hadapan kelak.
Skrip, pelakon lelaki utamanya dan pembantunya teryata bukan kekuatan drama ini. Humor dan permainan emosi yang jelas tampak kekurangan. Pelakon wanita utama dan pembantunya lebih menyerlah dan bersahaja. Keseluruhannya jalan cerita menarik dan sesuatu yang menyegarkan menonton latarbelakang bandar Tokyo /Edo pada tahun 1862. Rating 8/10.
Jin telah memenangi pelbagai anugerah di Japanese Television Drama Academy Award baru -baru ini. Anugerah -anugerah tersebut adalah untuk Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, dan Lagu Tema Terbaik. Itu bermakna, Jin telah mengaut 7 kemenangan daripada 9 kategori utama yang dipertandingkan.
No comments:
Post a Comment