Monday, March 1, 2010

Identitas


Identitas merupakan Filem Terbaik di Festival Filem Indonesia 2009.

Ia mengisahkan Adam, seorang pekerja hospital yang ditugaskan di bilik mayat. Satu hari dia berkenalan dengan seorang gadis, yang terdesak melacurkan diri demi membiayai kos perubatan ayahnya. Gadis itu keberatan untuk memperkenalkan identitinya (identitasnya) namun Adam tertarik untuk membantunya dan ayahnya.

Filem ini menggunakan latarbelakang suasana bilik mayat yang kelihatan tenang, selesa dan tidak menakutkan. Ia adalah filem kritikan sosial, politik dan masyarakat. Ia turut disulami dengan dialog yang humor, kritis dan sinis.

Menonton filem ini mengalihkan perspektif bahawa kematian dan mayat adalah sesuatu yang norma dan  tidak perlu ditakutkan. Ia berbeda dengan pelbagai filem genre seram samada dari seberang ataupun keluaran tempatan dewasa ini. Apa yang kita perlu kita risaukan adalah bekalan untuk dibawa apabila kematian menjemput kita kelak. Rating 7.5/10.

No comments:

Post a Comment