Sunday, March 7, 2010

Babam Ve Oglum

Untuk mengubah angin, baru -baru ini saya telah menonton sebuah filem Turki yang bertajuk Babam Ve Oglum (My Father And My Son). Ia telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa kira -kira 2 tahun yang lalu.

Filem ini mengisahkan Sadyq yang telah kematian isterinya tatkala dia melahirkan anak lelakinya, Deniz. Sadyq telah meringkuk di penjara selama 2 tahun selepas itu. Apabila hampir kehilangan segala -galanya, Sadyq bertindak pulang ke desanya yang telah ditinggalkan sekian lama akibat tidak sebulu dan sering bertengkar dengan bapanya, Hussien.

Di desanya, Sadyq berharap dapat memulakan hidup baru untuk anaknya. Konflik dia dan bapanya kerap menjadi penghalang walaupun ahli keluarga yang lain menyokongnya. Dan anak kecilnya telah menjadi jambatan harapan untuk usaha tersebut.

Filem kekeluargaan ini cukup mengesankan bagi saya, walaupun tampak mendatar dan perlahan. rating 7/10.

No comments:

Post a Comment