Monday, March 15, 2010

Konvensyen Kewangan Dan Perbankan Islam (SISMIM '10) -Ulasan Program

Saya seorang yang berpendapatan sederhana, mempunyai beberapa akaun bank (yang kebanyakannya tidak pernah bertokok), pelaburan kecil dalam beberapa amanah saham, mempunyai insurans nyawa, dan tidak pernah aktif dalam kegiatan seperti MLM, FOREX dan aktiviti -aktiviti sampingan sedemikian. Mungkin kerana ada sedikit persepsi negatif mengenainya atau lebih tepat lagi, 'malas untuk memberatkan kepala memikirkannya'.

Bila bercakap tentang kewangan dan perbankan, saya sebenarnya kurang berminat, dan sentiasa memilih opsyen yang selamat (mengikut persepsi umum). Samada dari sudut risiko kerugian mahupun berkaitan dengan hukum syarak.


Pada Sabtu yang lepas, saya berpeluang mengikuti Konvensyen Kewangan Dan Perbankan Islam, anjuran Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor. Atas jemputan Ustaz Zamri Shapik, saya diamanahkan menjadi sebahagian daripada AJK program. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan, kira -kira 200 orang peserta hadir dan sebahagian besarnya adalah terdiri daripada golongan muda.

Pelbagai kertas kerja dibentangkan oleh beberapa tokoh akademik dan mereka yang terlibat secara profesional dalam bidang ini. Berikut adalah tajuk -tajuk kertas kerja yang dibentangkan:
-Senario Sistem Kewangan dan Perbankan Islam: Isu- Isu dan Cabaran Semasa
-Sistem Kewangan Islam; Satu Kajian Persepsi Dikalangan Masyarakat Bukan Islam di Malaysia
-Isu-isu Perundangan Dalam Kewangan Islam : Cabaran dan Harapan Kepada Institusi Kehakiman Syariah
-Faedah Perbankan Konvensional dan Keuntungan dalam Perbankan Islam: Sorotan Fiqh Perbandingan
-Insurans dan Takaful; Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum
-Produk Kad Kredit Islam dan Aplikasinya di Perbankan Islam
-Forex Trading dan Leverage: Konsep, Aplikasi dan Penilaian Melalui Kerangka Hukum
-Perniagaan MLM Dalam Perspektif Fiqh Islami

Oleh kerana saya diamanahkan sebagai AJK program, maka saya tidak dapat memberikan tumpuan 100% kepada pengisian program. Namun, kesimpulan awal saya mengenai isi -isi yang sempat dikutip daripada pengisian tersebut:

-Masyarakat Islam di Malaysia masih mempunyai literasi yang agak rendah dalam isu kewangan dan perbankan Islam. Kita mungkin berkira dalam halal -haram dalam isu bahan makan (contohnya), tetapi bila soal -soal duit ini, kita hanya memikirkan untung -rugi sahaja. Walhal sama sahaja, perolehan wang dari sumber yang haram /syubahat, akan membawa kepada pemakanan bahan makanan yang haram /syubahat.
-Tajuk mengenai soal muamalat sebegini masih kurang diberi penekanan dalam sistem pendidikan dan juga pengajian di surau /masjid.
-Sistem yang berteraskan syarak biasanya nampak kurang menguntungkan, tetapi rahmatnya, ia lebih menjamin kebajikan semua pihak dan menguntungkan dari segi jangka masa panjang.
-Orang bukan Islam samada di negara ini atau di luar sana sentiasa berminat untuk mendalami dan ingin mengaplikasikannya kerana menyedari kebaikan yang bakal diperolehi mereka. Namun diakui, sistem berlandaskan syarak sempurna dari segi prinsipnya, tetapi masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dari segi aplikasinya.
-Masyarakat Islam perlu lebih banyak mengkaji atau sekurang -kurangnya mengambil tahu mengenai isu kewangan Islam. Mereka juga harus terlibat untuk sekurang -kurangnya sebagai pengguna atau menyokongnya.

Kertas kerja -kertas kerja yang diperolehi pun masih lagi tidak habis ditelaah. Alhamdulillah, walaupun ilmu yang diperolehi tidaklah seberapa, tetapi diharapkan ianya membawa manafaat besar kepada saya. Sekurang -kurangnya, hari minggu yang berlalu tidaklah diisi dengan perkara -perkara yang kurang membawa manafaat besar.

4 comments:

  1. Mohon saudara kemukakan intipati terperinci berkaitan MLM.(mungkin saudara ada kertas kerjanya)Saya rasa ramai orang melayu/Islam kini terlibat dgn perniagaan tersebut.Mohon agar dikemukakan berkaitan isu tersebut yg diperjuangkan oleh UZAR.TQ

    ReplyDelete
  2. ^sy akan cuba minta JK program salinan PDF file kertas kerja, sy akan cuba upload dan letak di blog ini. salam.

    ReplyDelete
  3. Ketahuilah wang bukan segala-galanya..tetapi segalanya memerlukan wang.ingatlah 9/10 punca rezeki dtgnya dari sumber perniagaan.cuma bg umat Islam,kita perlu lebih berhati-hati memilih metod perniagaan yg akan dijalankan. perlu diingatkan bahawa bidang perniagaan byk membantu menyumbang ke arah meningkatkan ekonomi ummah. Perniagaan juga merupakan antara Jihad Ekonomi yg perlu diperjuangkan. Umat Islam mungkin ketinggalan sekiranya tidak menguasai bidang ini. Kebanyakan kita lebih selesa stkt apa yg diperolehinya..padahal sebenarnya ia tidak cukup. Bagi saya, ceburilah bidang ini yg merupakan sunnah rasul. Jadi lah antara pembayar zakat terbesar yg boleh membantu ramai lagi umat Islam yg memerlukannya..selain itu, jadilah seorang dermawan yg boleh support umat Islam pergi menunaikan haji..kekayaan bukan utk dibanggakan sebaliknya sbg medium utama utk kita membantu golongan yg memerlukan...

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM..MG SHT SEJAHTERA.BILA AGAKNYA MR DULANG BOLEH SYER/UPLOAD BERKAITAN KKERJA MLM YG UZAR BENTANGKAN?TQ BBYK

    ReplyDelete