Monday, September 5, 2011

Mat Indera - Diiktiraf Antara 150 Tokoh Terpenting Johor

Nama Mat Indera, nama individu yang disebut -sebut oleh Mat Sabu rupa -rupanya merupakan antara 150 tokoh terpenting Negeri Johor, sebaris dengan tokoh -tokoh terpenting seperti Dato' Onn Jaafar, Tun Dr Ismail dan sebagainya. Fakta ini bersumberkan buku Pengukir Nama Johor, terbitan Yayasan Warisan Johor. Buku terbitan 2004 yang turut mengandungi alu -aluan daripada Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman. (Klik imej untuk paparan lebih jelas)

Laman Web Yayasan Warisan Johor (Buku tersebut bernilai RM 20)

Secara peribadi, saya melihat dan mendengar (sepenuhnya) pendapat Mat Sabu itu hanya sekadar pendapat peribadi beliau terhadap sejarah, yang kadang -kadang bersifat subjektif. Ilmu sejarah memang bersandarkan fakta, tetapi ianya sentiasa boleh dilihat dari perspektif dan persepsi yang berbeza. Keseluruhannya, isi ceramah beliau bukan 100% betul, malah bukan juga 100% salah.

Media arus perdana hanya mengkontroversikan isu ini, itu memang kerja mereka. Namun dari segi positifnya, rakyat marhaen seperti saya ini mungkin menjadi prihatin terhadap sejarah negara, boleh bersifat analatikal dan sebagainya. Terima kasih kepada Mat Sabu dan media yang mensensasikan isu ini.

Dan konco -konco Perkasa, UMNO dan pihak -pihak berkaitan boleh turut berdemontrasi di hadapan Pejabat Yayasan Warisan Johor kerana mereka mengiktiraf Mat Indera sebagai hero Negeri Johor.

2 comments:

  1. Hidup Mat Sabu!!tkasih la En. Mat Sabu cz buatkan semua org alert dgn Sejarah.Kalau tidakkk..sapa2 pun xhighlight kan buku "Pengukir Sejarah Johor" oleh Yayasan Warisan Johor ni.

    ReplyDelete