Saturday, April 17, 2010

Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor (Catatan 1)


Walaupun mengakui sebagai seorang pendokong parti yang setia, secara jujurnya saya tidak melihat partisipasi saya dalam sesuatu pilihanraya kecil sebagai suatu yang amat penting.

Pertamanya, kerana saya datang hanya sebagai penyokong dan hanya 'memeriahkan suasana' sahaja. Dan diakui, saya kurang selesa dengan kesesakan lalu lintas dan berada dalam himpunan manusia yang ramai.

Keduanya, ia melibatkan komitmen dari segi kewangan, masa dan tenaga. Lebih -lebih lagi jika lokasi yang terlibat terletak agak jauh dari tempat saya bermastautin.

Ketiga, tidak mengenali jentera setempat, janggal untuk bercampur dan 'tidak tahu di mana untuk membantu'.


Namun kali ini, Pilihanraya Kecil (PRK) untuk Parlimen Hulu Selangor memberi ruang dan peluang kepada saya memberi sumbangan kepada parti, atau setidak -tidaknya merasai kehangatan PRK yang selama ini hanya dapat ditonton dan dibaca di media massa sahaja.

Saya dan rakan -rakan dari Pemuda Kawasan Kuala Langat serta anggota Nisa Kuala Langat bertolak kira -kira 12:30 tengah malam dari Kampung Medan. Satu bas hampir penuh, sekitar 35 orang penumpang. Bertemu kembali kenalan 'lama', yang kebanyakkannya menegur dengan permulaan kata "Lama tak nampak?".

Perjalanan bakal mengambil masa 3 jam dan saya fikir aktiviti terbaik ketika dalam perjalanan adalah tidak lain dan tidak bukan, tidur. Bas berhenti seketika di Rawang (saya tak pasti, tapi rasanyalah kerana rasa mengantuk yang amat). Kami tiba kira -kira jam 4:30 pagi di Masjid Bandar Kuala Kubu Baharu. Selepas mengambil wudhuk, saya solat Tahiyatul Masjid dan kemudiannya sambung tidur lagi sementara menunggu waktu subuh.

Bersambung..

1 comment:

  1. Selamat b'juang n selamat berkempen..Keadilan pasti dijulang..Allahumma yassir wala tu 'assir ya Karimm

    ReplyDelete