Monday, April 12, 2010

Filem King

Tajuk 'King' mengambil sempena nama lagenda badminton Indonesia Liem Swee King.



Filem ini mengisahkan perjuangan seorang anak miskin yang bernama Guntur dalam mengejar cita -citanya menjadi seorang pemain badminton profesional. Dia dibesarkan oleh bapa tunggal yang merupakan seorang pengumpul bulu angsa (untuk pembuatan bulu tangkis badminton). Dalam serba kekurangan itu, Guntur, bapanya, sahabat -sahabat setianya serta penduduk kampung turut sama membantu merealisasikan cita -cita tersebut.

Secara keseluruhannya, ia merupakan filem yang sederhana. Namun, 3 pelakon kanak -kanak utama yang merupakan tunjang utama filem ini harus diberikan kredit. Sinematografi yang berlatarkan suasana desa pedalaman juga cukup mengasyikkan. Lagenda badminton Indonesia seperti Liem Swee King dan Heryanto Arbi turut membuat penampilan istimewa.

No comments:

Post a Comment