Kedai Seks Halal Atas Talian - Online Halal Sex Shop, pelik dan agak mengelirukan. Tetapi itulah El Asira, sebuah kedai seks atas talian yang dilancarkan baru -baru ini dan berpusat di Amsterdam, Belanda.
Ia diusahakan oleh Abdelaziz Aouragh, seorang muslim, warganegara Belanda, dan berusia 29 tahun. Variasi produknya adalah makanan kesihatan, minyak urutan, pelincir dan sebagainya. Tiada 'alatan bantuan' (seperti dildo dan vibrator), imej porno pada produk, label atau poster, dan sebagainya.
Pemilik mendakwa beliau mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada ulama'. Dan produknya juga dijamin 'halal dan tidak meragukan'. Beliau juga berpendapat perniagaannya itu akan merubah persepsi umum bahawa seks adalah perkara yang taboo dalam Islam. Yang menjadi larangan adalah pornografi dan seks luar nikah, katanya.
No comments:
Post a Comment