Wednesday, July 13, 2011

Satim Diman, Ng Suee Lim dan Hadis

Tegur ADUN DAP Permain Hadis, ADUN BN Diarah Keluar Dewan

sumber UMNO Online

Pada hemat saya, tindakan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman, yang cuba menegur YB Ng Suee Lim, yang dikatakan cuba memetik hadis Rasulullah SAW bagi menguatkan hujahnya adalah sesuatu yang memalukan umat Islam.

Memang benar YB Ng tidak mempunyai akidah Islam dan tidak mempunyai kredibiliti berkaitan ilmu hadis. Memang benar sebagai seorang umat Islam, kita perlu mempunyai sensitiviti apabila seorang bukan Islam memperkatakan sesuatu mengenai agama kita. Tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Bagi umat Islam, Hadis merupakan sumber hukum kedua selepas Al -Quran. Maka ia cukup tinggi dan murni sifatnya. Bagi bukan Islam pula, mereka mungkin mengganggap Hadis lisan hanyalah mutiara kata daripada seorang tokoh ulung (Nabi Muhammad SAW).

Tetapi harus kita ingat, Islam adalah bersifat Alamiyah, iaitu bersifat kesegajatan. Khazanah keilmuan dalam Islam sentiasa boleh dipelajari dan diaplikasikan oleh orang bukan Islam. Bukan lagi satu rahsia, orang bukan Islam mempelajari Islam, Al -Quran, Hadis dan segala berkaitan dengan Islam di pelbagai universiti terkemuka di serata pelusuk dunia. Untuk tujuan apa mereka mempelajari Islam? Untuk tujuan baik atau buruk? Perlukah kita menghalang mereka mempelajari Islam?

Jadi dalam konteks ini, YB Ng (walaupun sedikit) menunjukkan indikasi bahawa beliau sedang mempelajari Islam. Untuk tujuan apa? Politik? Pada pendapat saya, selagi beliau (atau mana -mana individu bukan Islam) tidak memetik hadis untuk tujuan jenaka atau memperlekehkan Islam, kita harus memberikan galakan dan sokongan. Perbetulkan dan tegur jika mereka tersalah sebut. Tetapi agak memalukan sekiranya kita sendiri tidak tahu samada ianya betul atau tidak. Berikan mereka galakan dan rujukan agar mereka merujuk kepada sumber yang lebih tepat dan sahih. Biar mereka dekat Islam. Kita yakini Islam itu benar, jadi bukanlah luar biasa sekiranya mereka mungkin akan terpikat dengan cahaya kebenaran Islam.

Dan kita tidak tahu setakat mana keikhlasan dan apa yang berada di dalam kalbu mereka.

(Merujuk kepada kisah Usamah bin Zaid dan pasukan tenteranya yang sedang mengepung sekumpulan tentera kafir. Kumpulan tentera kafir ini terdesak, lalu menyerah diri dan melafaz Syahadah. Namun Usamah tetap mahu membunuh mereka kerana meyakini bahawa mereka hanya berlakon untuk menyelamatkan diri. Lalu ditegur, "Adakah kamu tahu benar apa yang tersirat di dalam kalbu mereka?")

Merujuk kepada insiden yang berlaku di DUN Selangor itu, mungkin teguran /pertanyaan YB Satim itu berniat ikhlas. Tetapi saya yakin, tindakan beliau itu lebih kerana dipengaruhi amarah dan sentimen politik. Kalau YB Ng itu daripada MCA atau Gerakan, beliau pasti hanya akan tersenyum.

4 comments:

  1. oh yeke??? tk sngka plak DAP tdk mengapa??? Umno yng majoritinya Islam tk kate Islam ttp DAP tolak Islam kate terima Islam...??? fuhhh yela krn DAP tdk megapa hina Islam dan bca hds perlekehkan Islam sdngkan sebutan salah tdk mengapa ??? mcm tu ? kalo tk tahu diam aje jgn cmpr hal Islam nk ajak Bkn Islam memeluk lebih dkwah terhdap orng Islam dulu

    ReplyDelete