Sunday, July 24, 2011

Tahajjud Cinta [2011]: Kredit dan Kritikan


Kredit dan Kritikan (Setakat Episod 03)

Kredit

Tahajjud Cinta dilihat mengenengahkan isu yang agak berat, seperti:
  • Isu hak -hak wanita /penderaan isteri dalam rumahtangga.
  • Isu manipulasi agama dalam berpoligami.
  • Isu Undang -undang Syariah lawan Undang -undang Sivil.
  • Sedikit disentuh mengenai isu pelajar di luar negara yang aktif dengan kegiatan demonstrasi berbanding dengan memberi tumpuan kepada pelajaran.
Ia sudah pasti memberi sedikit kesegaran kepada drama TV tempatan yang selalunya meletakkan cerita cinta sebagai tema utama.

Kritikan 

Akhlak pemimpin /pengikut sekolah pondok:
Watak Ustaz Shauki dilihat memanipulasikan agama untuk kepentingan nafsunya.
Di dalam satu babak, beliau dengan selamba berjabat tangan dengan Seri, di hadapan kedua ibu bapanya. Babak yang begitu menimbulkan tanda tanya dari segi hukum dan realiti.
Watak bapa Seri (Tarmimi) /Isteri pertama (Erma) yang hanya 'samikna wa atokna' kepada Ustaz Shauki.

Akhlak wanita berpurdah /pelajar jurusan agama:
Watak Seri dan Citra dilihat agak janggal apabila dilihat berjalan berduaan dengan teman /rakan lelaki mereka. Mungkin ini kerana berpurdah hanya sebagai budaya (disebut oleh Seri dalam episod 03)

Watak 'orang agama' yang agak tercela bukannya luar biasa, tetapi ia perlu diseimbangkan dengan watak 'orang agama' yang lebih baik. Ini kerana ia bakal memberi tanggapan bahawa orang yang berpengetahuan agama tidak ada beza akhlaknya, atau lebih teruk berbanding dengan orang lain. Misalnya, kewujudan satu atau dua watak yang menentang /tidak bersetuju dengan Ustaz Shauki dan menjustifikasikannya (mungkin watak Remy Ishak?).

Setakat yang ditampilkan pada episod 3, imej sekolah pondok dilihat begitu naif dan diketuai oleh seorang Ustaz yang begitu teruk.

Jadi kesimpulan saya setakat ini, Tahajjud Cinta adalah sebuah drama TV yang baik. Tetapi ia hanya perlu dilihat sebagai sebuah karya kreatif, bukannya sebagai drama Islamik yang baik.

No comments:

Post a Comment