Thursday, January 28, 2010

Ramlee Awang Murshid



Jika anda peminat novel kontemporari tempatan, nama penulis prolifik Ramlee Awang Murshid (RAM) tidak perlu diperkenalkan lagi. Penulis ini dikatakan penulis novel thriller nombor 1 di Malaysia. RAM dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini, beliau bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Rooney Headed United To Wembley


United 3-1 City
(United won on aggregate 4-3)

I've woke up 3:30 am, knowing that electricity are off in my house.There's no other choice, i need to go out to Mamak Restaurant to watch this game. Football crazy, eh!


United: Van Der Sar, Rafael, Ferdinand, Evans, Evra, Nani, Scholes, Fletcher, Carrick, Giggs (C), Rooney

To be honest, i'm quiet disappointed with the line -up and 4-5-1 formation. But Fergie always know better.

Wednesday, January 27, 2010

Filem Traitor



Islam selalu digambarkan dalam filem Hollywood sebagai suatu agama yang sinonim dengan keganasan. Penganutnya fanatik dan sanggup membunuh insan yang tidak berdosa untuk mengejar impian ke syurga. Itulah yang digambarkan dalam Munich, United 93, The Kingdom dan banyak lagi.

Penulis mengetahui mengenai filem ini secara tidak sengaja. Penulis telah menaip Filem + Islamik + Hollywood di Goggle, dan telah dibawa ke suatu blog yang mendakwa Traitor merupakan filem Islamik (?). Atas dasar ingin tahu, penulis berusaha meluangkan masa menonton filem tersebut.

JDrama: Shiroi Haru



Shiroi Haru a.k.a White Spring (English Title)


Drama 11 episod ini mengisahkan Haruo (Abe Hiroshi), seorang bekas anggota Yakuza baru sahaja dikeluarkan dari penjara atas kesalahan membunuh. Wang simpanannya telah dicuri di sebuah restoran dan beliau terpaksa memohon ehsan rakan lamanya untuk kembali memulakan hidup barunya.

Tuesday, January 26, 2010

Viva Palestina: Boikot 4 Produk Israel


Pada hari minggu yang lalu, lebih 100 anggota Viva Palestina Malaysia (VPM) termasuk orang ramai, hari ini menyertai aktiviti jalan-jalan santai dalam usaha menyokong tuntutan kemerdekaan dan keadilan di Palestin.

Aktiviti itu dijalankan di Jalan Changkat Haji Abang Openg, Taman Tun Dr Ismail sepanjang kira-kira lima kilometer dengan semua peserta memakai kemeja-t putih bertulis 'Boikot Israel' juga sebagai kempen memboikot empat jenama syarikat antarabangsa yang menyokong kuat kegiatan rejim Zionis itu.

Berikut ada senarai 4 jenama tersebut:

Sunday, January 24, 2010

Filem Islamik, Tapi Dedah Aurat & Adegan Haram

Antara artikel terkini di Zaharuddin.Net "Filem Islamik, Tapi Dedah Aurat & Adegan Haram"

Ustaz Z telah berjaya mengulas mengenai perkara ini dengan baik. Walaupun skop jawapannya kecil dan ringkas, banyak perkara dan istilah baru yang saya dapat pelajari. Terima kasih.

Quadruple Rooney


United 4-0 Hull

This is the only one Premier League would be play this weekend. The others will be focus on FA 4th Round engagement. A win can move United top, temporarily. Great to see Ferdinand back in starting line up.

United: Van Der Sar, Rafael, Ferdinand (C), Evans, Evra, Nani, Scholes, Fletcher, Park, Rooney, Owen.

Friday, January 22, 2010

Karnival Karangkraf 2010


Peta Lokasi Program (Klik untuk besarkan)


PC FAIR 2010



PIKOM PC Fair is organized by PIKOM, or the Association of the Computer and Multimedia Industry of Malaysia. The first PIKOM PC Fair was held in 1995, at the Stadium Negara in Kuala Lumpur where it received more than 25 000 visitors. Today, PIKOM PC Fair has grown from once a year at one location to a three times a year at more than 25 locations in Malaysia. The fair attracts as many as 1.3 million visitors per year and is recognized by the Malaysia Book of Records as the Largest ICT Fair in Malaysia.

PC Fair 2010 locations and venues are as follows:

Wednesday, January 20, 2010

Syahadat Cinta


Syahadat Cinta merupakan sebuah filem yang diadaptasikan dari novel yang menggunakan judul yang sama, hasil karya Taufiqurrahman Al Azizy. Ia ditayangkan di Indonesia pada Ogos 2008 dan dibintangi oleh oleh Arif Rahman, Imel Puteri Cahyati, Cantika Atmenagara dan Muchtar Sum. Ia pernah ditayangkan di saluran Astro Boxoffice tahun lalu.

Oldmate Sank United



City 2-1 United

A massive game, game between 'Massive Spender' and 'Massive Debter'. The focus will be on Tevez. He's in hot form and promised to celebrate his goal against his old side. SAF opted with 4-5-1, as expected. Cautious approach against very decent side away from home. City opted with 4-3-3 or you can say 4-5-1 without a ball, mirror image of United's.

United: Van Der Sar, Rafael, Brown, Evans, Evra, Carrick, Fletcher, Anderson, Valencia, Giggs, Rooney.

Monday, January 18, 2010

BACA@LRT



Pada hari Sabtu (16 Januari) yang lalu, satu gerakan yang dinamakan Baca@LRT telah mengadakan satu program galakan untuk membaca di dalam LRT. Ia telah mendapat sambutan baik di kalangan peminat buku, penyokong gerakan ini dan pengguna LRT. Program telah dimulakan pada 09:30 pagi dan diadakan LRT Aliran Ampang, bermula dari stesyen Terminal Putra hingga ke stesyen Kelana Jaya. Ia adalah julung kali diadakan dan bakal diadakan lagi setiap bulan (seterusnya pada bulan Februari)

Sunday, January 17, 2010

Filem Islamik


Filem bagaimana yang boleh dikelaskan sebagai 'Filem Islamik'? Adakah Filem Islamik hanya kerana para pelakonnya lengkap bertudung atau berserban? Adakah kerana dialognya disulami dengan ayat -ayat Al Quran atau Hadis Rasulullah SAW? Atau sekadar meminjam latar belakang timur tengah atau memapar kisah dari sirah para Nabi dan Rasul?

Berikut merupakan definisi Filem Islam dari perspektif Dr Mohd Hilmi Abdullah, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) (merujuk kepada artikel beliau dalam Akhbar Utusan Malaysia 17 Januari 2010 "Kenapa Festival Filem Islam menyepi?") Berikut adalah sedutan daripada artikel beliau:

Diouf Marked His Home Debut With Goal.


United 3-0 Burnley
It's great to see Liverpool dropped another points though they are not title chalenging anymore. My beloved Selangor also won 3rd consecutive league matches. So it's no better mood to enjoy United's game.

United: Van Der Sar, Neville (C), Brown, Evans, Evra, Valencia, Carrick, Scholes, Nani, Berbatov, Rooney

The line up looked decent and strong, suprisingly Nani was included.

Saturday, January 16, 2010

14 Tuntutan MCCBCHST


The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) telah mengemukakan 14 tuntutan pada tahun 2007. Dalam suasana kegawatan (isu penggunaan kalimah Allah dan serangan ke atas rumah ibadat), mari kita merenung kembali 14 tuntutan mereka itu.

Ketika Cinta Bertasbih 2



Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB2) telah ditayangkan di Indonesia pada September 2009. Ia merupakan kesinambungan KCB bahagian 1 dan penerusan kehidupan Azzam, Anna, Furqan, Husna dan Eliana.

JDrama: Buzzer Beat


Drama menggabungkan tema sukan bola keranjang, seni muzik dan cinta muda mudi.

I'm Back

A lot diffculty happened few days ago. I've got fever and my laptop had a slight problems. The internal fans malfunctioned and took me few days to find a spare part. (I'm kind of DIY guy.)

Nationwide, the hottest issue are various assault to few churchs and surau. And brat from Aswara try to made a joke out of it and he'd got it.

In football world, my focus on 2 of my favourite teams. Selangor won Charity Cup by beating Negri Sembilan 2-1 at Paroi. United dropped another 2 precious point by drew with Brum 1-1. Numbers of Premier League matches in England was postponed due to bad weather.

Worldwide, an earthquake in Haiti and brutal terrorist atrack in Angola.

Not a good week for me, and i think for anybody else.

Friday, January 8, 2010

Facebook




Antara artikel terkini yang disiarkan di Zaharuddin.Net adalah Facebook, Yahudi & Status Hukum (klik untuk membaca artikel penuh). Artikel tersebut mengolah dari sudut hukum dengan baik.

Tuesday, January 5, 2010

Kalimah ALLAH (bahagian 3)


Jom pakat ramai -ramai menandatangani petisyen Bantahan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Petisyen ini adalah hasil usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)




1 Akidah, 1 Suara.. Kalau zahirnya kita masih berpecah, biarlah isu sebegini kita boleh bersatu. Semasa saya menaip ini, kutipan petisyen baru mencecah lebih 5000. Penganjur mensasarkan 1 juta, ayuh mainkan peranan kita!

Siri Animasi Saladin



Saladin ialah sebuah projek animasi yang diilhamkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub, wira Islam yang menyatukan para Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Siri ini diterbitkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) Malaysia. Adaptasi kisah Saladin yang asalnya dirancangkan sebagai sebuah filem, sebaliknya dijadikan siri animasi TV 13 episod.

Dr Badrul Amin di Telok Datok



Ceramah Ustaz Dr Badrul Amin Baharom
Tempat > Masjid As Syarif , Taman Seri Telok Datok
Tarikh > 6 Januari 2010 (Rabu)
Masa > Selepas solat maghrib

Di bawah ini, pemilik blog juga berbesar hati untuk bersama menyebarkan salinan mp3 ceramah beliau (dengan keizinan) atas usaha dakwah:

Monday, January 4, 2010

Perempuan Berkalung Sorban


Filem Indonesia ini di tayangkan di Indonesia pada tahun yang lalu. Ia dibintangi oleh Revalina S. Temat (Bawang Merah Bawang Putih), Joshua Pandelaki (Ada Apa Dengan Cinta), Widyawati, Oka Antara dan lain -lain.

Dr Ridhuan Tee di Telok Panglima Garang (Intipati)


Pada 2 Januari yang lalu, Dr Ridhuan Tee telah menyampaikan Ceramah Maal Hijrah di Masjid Al Hidayah, Telok Panglima Garang. Sambutan adalah amat menggalakkan walaupun hujan turun dengan agak lebat. Atas permintaan, berikut adalah intipati ceramah tersebut:

Kalimah ALLAH (bahagian 2)



Respon daripada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Harakah Daily: Nik Aziz bimbang perkataan Allah disalahguna

Respon Dewan Ulama PAS
Web Rasmi Dewan Ulama PAS: Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH

Respon Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Blog Mida Tajdid: Isu Nama Allah: Kenyataan Pertama Dr. Mohd Asri

Respon Pemuda UMNO
Web Rasmi Pemuda UMNO: Pemuda UMNO Mahu Isu Kalimah Allah Ditangani Secara Berhemah


Respon Tun Mahathir Mohamad
Web Rasmi PERKASA: Ingat sensitiviti kaum, agama

Respon Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir (PUM), Datuk Dr. Ma'amor Osman (PPIM) dan Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid (UIA)
Utusan Malaysia: Kalimah Allah eksklusif untuk Islam

Pelbagai respon dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang mempunyai perlbagai latar belakang. Diharapkan media arus perdana tidak mengeruhkan suasana dan membangkitkan keadaan kurang selesa rakyat pelbagai agama dan kaum. Namun, penulis berharap agar pemimpin Islam di Malaysia dapat bersatu dalam 1 suara dan mengenepikan pendirian politik. Perbezaan pendapat hanya perlu dilakukan atas dasar ilmiah dan akademik.

Old Rival Knocked United OUT



United 0-1 Leeds

United: Kuszczak, Neville, Brown, Evans, Fabio, Obertan, Gibson, Anderson, Welbeck, Rooney, Berbatov.

Its good to see Neville and Evans back, but the news that Vidic injured in a warm up session sound annoying. Vidic was suppossed to start instead of Evans. Sir Alex put on good mixture between of experience and youth. This starting XI should good enough to see off Leeds. What so called 'The War of Roses' and old rivalry will make this tie more interesting.

Saturday, January 2, 2010

Kalimah ALLAH




Gereja dibenar guna kalimah Allah

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.
(Petikan Utusan Malaysia 1 Januari 2010)

Friday, January 1, 2010

Dr Ridhuan Tee di Telok Panglima Garang

Muslimin muslimat di kawasan sekitar Telok Panglima Garang dijemput hadir ke Ceramah Maal Hijrah yang diadakan seperti yang berikut:
Tempat> Masjid Al Hidayah, Telok Panglima Garang.
Tarikh> 02 Januari 2010
Hari> Sabtu
Masa> 07:30 malam (selepas solat Maghrib)
Penceramah> Dr Ridhuan Tee Abdullah (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia)