Al Fatihah untuk Allahyarham Wajdi Mayusoh yang telah meninggal dunia ekoran kemalangan pada awal pagi tadi di Gua Musang. Al-Fatihah..
Beliau merupakan rakan dan sahabat yang baik, dan saya mengenali beliau kira -kira 3 tahun ketika menuntut di UM 10 tahun yang lalu. Beliau aktif dalam kegiatan kemahasiswaan terutamanya dalam Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMK) sehingga pernah ditaklifkan sebagai presiden persatuan tersebut.
Saya sering berkunjung dan lepak -lepak dengannya di Kolej Kediaman Kesebelas UM dahulu, bersama sahabat -sahabat seperti Arisan, Firdaus, Nasrul Hakim, Hadi dan lain -lain. Slanga Kelantan yang pekat ketika bercakap beliau masih lagi utuh dalam ingatan. Pahit dan manis berjuang dalam jamaah tidak akan dilupakan.
Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman. Salam takziah juga untuk keluarganya.