Sunday, October 24, 2010

Peristiwa Menarik Semalam


Semalam aku menghadiri majlis pernikahan seorang saudara di sebuah masjid. Sebenarnya ia cuma majlis pernikahan masyarakat kita yang tipikal, dilangsungkan di masjid, usai solat Asar, berwali hakim, dan sebagainya.

Tetapi yang menjadi menariknya, apabila tiba giliran Imam Nikah hendak menyampaikan khutbah nikah, beliau bertanya kepada Pengantin Lelaki..

Imam Nikah> Boleh baca ni tak? (sambil menunjuk beberapa keping kertas)
Pengantin Lelaki> Em, boleh. (dalam keadaan yang gemuruh)

Lalu beliau terus membacanya dengan menggunakan pembesar suara, terus -terusan tanpa berhenti dengan penuh yakin. Walhal itu sebenarnya teks khutbah nikah. Kira -kira 20 minit selepas itu (tamat bacaan teks tersebut), Imam Nikah sambil tersenyum..

Imam Nikah> Terima kasih lah, ye. Separuh kerja saya dah selesai..

Aku tak pasti apa sebenarnya yang berlaku, tetapi aku assume Imam Nikah tersebut hanya ingin menguji literasi bacaan al Quran pengantin (yang terdapat pada teks khutbah). Tetapi mungkin kerana pengantin tersebut nampak teruja dan gemuruh, Imam Nikah hanya membiarkannya sahaja..

Wednesday, October 20, 2010

Denyut Kasih Medik

Sebenarnya akhir -akhir ini aku telah kurang membaca novel, mungkin baru -baru ini beralih kepada pembacaan bahan yang lebih serius. Namun aku sempat mencuri waktu untuk membaca sebuah novel yang nampak agak unik, Denyut Kasih Medik.

Novel ini merupakan hasil tulisan Dr Farhan Hadi Mohd Taib, seorang doktor perubatan lulusan dari UNIMAS. Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd dan cetakan pertama Februari 2010.

Ia mengisahkan seorang doktor muda yang mendepani pelbagai cabaran dalam baru merintis kerjaya dan kehidupan sehariannya. Ia disulami dengan pelbagai isu berkaitan dengan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh percintaan.

Keseluruhannya, jalan ceritanya agak sederhana dengan gaya bahasa yang mudah. Namun jelas keistimewaan novel ini adalah dari segi persembahan susun aturnya. Melalui nota kaki /sisi, setiap istilah perubatan diperjelaskan dengan baik dan isu berkaitan fiqh disokong dengan dalil yang mantap. Ia cukup membantu sekiranya kita bukannya arif tentang bidang perubatan mahupun agama. Perkara yang kompleks dihuraikan dengan begitu cantik dan santai.

Lagi -lagi ia dikarang oleh penulis yang memang ahli dalam bidang tersebut, jadi hujahnya nampak begitu mampan. Seolah -olah membaca novel kontemporari yang disisip dengan jurnal perubatan Islam.

Tahniah kepada penulis. Sangat dicadangkan untuk golongan remaja dan pelajar.

Monday, October 18, 2010

Program Ibadah Qurban dan Ziarah (Kemboja dan Pattani)


Persatuan Ulama' Malaysia (WP), kini melancarkan Program Ibadah Qurban dan Ziarah di Kemboja dan Selatan Thailand (Pattani dll), bertujuan membantu masyarakat Islam/fakir miskin di sana pada hari raya Qurban 2010.

PAKEJ YANG DITAWARKAN

1. Tawaran Pakej 3 hari 2 malam - KEMBOJA
(bertolak/bermula pada 16 Nov. hingga 18hb. Nov 2010, hari raya ke-4, bertolak kembali ke KL). HANYA RM1,590.00 seorang bagi mereka yang ingin turut serta pada program Ibadah Qurban (tidak termasuk penyertaan Ibadah Qurban).
    Peluang kunjung ziarah/lawatan

    * destinasi program Qurban di Kg. Cham
    * sekolah-sekolah
    * perkampungan masyarakat miskin
    * bantuan derma bakti/zakat fakir miskin
    * turut serta aktiviti dan pengagihan daging qurban dll.

2. Pakej Ibadah Qurban - KEMBOJA/PATTANI setiap bahagian HANYA RM250.00 (lembu), atau    RM500.00 (kambing). Tiada ziarah.

Setiap individu boleh memilih sama ada pakej 1 atau pakej. Sila rujuk ke laman sesawang PUM (http://ulamadaily.blogspot.com/2010/10/program-ibadah-qurban-di-kemboja-dan.html) atau hubungi:

Ust. Abd. Halim Zakaria - 012-6625681 (Wakil KL)
Ust. Hasan Alfadli - 019-2149257 (Wakil KL)
Ust. Khairul Anuar Mustafa - 013-6714932 (Wakil KL)
Ust. Kamarudin Kassim - 019-5228455 / 019-4782708 (Wakil Kedah & P.Pinang)
Ust. Yusri - 013-6295605 (Wakil Selangor)

Konsert Otai Rock: Battle of Dakwah

Tarikh >23 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat >Pantai Morib, Banting, Selangor
Masa >09:00 malam
Anjuran >Pergerakan Belia Tempatan MDKL, Briged Amal, Kempen Anti Zina Selangor, Belia Selangor Generasi Idaman.
 
Antara artis yang turut serta Radzi (Melissa), Mel (Wings), Blank (Gamma), Afie (UTophia), Duan (Olan), dll.

Thursday, October 7, 2010

Sekolah Harapan Kerajaan Melaka


Setelah hampir sebulan beroperasi, sekolah untuk remaja hamil atau lebih dikenali sebagai Sekolah Harapan telah 'menyambut' kelahiran bayi pertamanya kelmarin. Sewaktu ia mula -mula diumumkan sehinggalah hari ini, masih terdapat polemik dan suara -suara sumbang yang mempertikaikan keperluan sekolah tersebut.

Saya bukanlah ahli dalam agama mahupun ilmu kemasyarakatan. Namun sebagai warga masyarakat yang prihatin, saya memandang positif usaha ini. Remaja yang terkhilaf dan terlanjur ini memerlukan jalan keluar terbaik, dan kewujudan sekolah ini adalah jawapan terbaik untuk masalah mereka dan keluarga mereka.

Kepada yang menentang, mungkin mudah untuk bersuara dan membangkang. Tetapi apa lagi solusi terbaik untuk kes -kes sebegini?

Walau demikian, saya memandang ia hanya sebagai langkah penyelesaian jangka pendek. Ibarat polemik pemberian picagari dan kondom kepada penagih dadah untuk menyekat penyebaran HIV. Contoh lain, pemberian dadah sintetik untuk mengawal penagihan dadah penagih dadah yang tegar.

Sekolah tersebut bukan penyelesaian jangka panjang, dan perlu menjadi hanya sebahagian kecil dari perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri Melaka bagi membendung gejala seks di luar pernikahan dan masalah yang lainnya. Langkah yang bersifat pencegahan dan penyekatan lebih perlu diutamakan dan difikirkan, seterusnya dilaksanakan.