Monday, August 22, 2011

Sang Pencerah [2010]

Tajuk> Sang Pencerah
Negara Pengeluar> Indonesia
Tarikh Tayangan> September 2010 (Indonesia)
Genre> Biopik Sejarah

Filem biopik sejarah ini mengisahkan perjuangan pengasas kumpulan Muhammadiyah di Indonesia, KH Ahmad Dahlan. Beliau digambarkan sebagai seorang reformis agama yang banyak dipengaruhi oleh Jamaluddin Afghani dan Muhammad Abduh. Beliau telah banyak mengubah kehidupan beragama masyarakat Islam di Pulau Jawa yang ketika itu yang banyak mendekati amalan syirik dan bidaah.

Antara reformasi yang dilaksanakan oleh beliau di dalam filem ini adalah, memperbetulkan arah kiblat, menyelar amalan bidaah dan khurafat dalam masyarakat, memodenkan pesanteran /pondok, memasukkan silibus pelajaran agama di dalam sistem persekolahan Belanda /golongan elit dan yang paling utama, mengasaskan kumpulan sosial Muhammadiyah. Beliau menghadapai pelbagai mehnah dan tentangan terutamanya daripada kelompok ulama ortodoks dan pemimpin setempat.

Filem ini menggunakan kira -kira 50% bahasa Jawa dan selebihnya bahasa Indonesia, sedikit bahasa Arab dan Belanda. Jalan ceritanya agak straight forward, mutu lakonan yang sederhana, dan kesungguhan tinggi menyediakan prop yang sesuai dengan zaman tersebut (1868-1923).

Keseluruhannya, ia merupakan sebuah filem biopik sejarah yang berkualiti. (Cuma yang agak menimbulkan tanda tanya, ada babak yang menunjukkan alat kemaluan kanak -kanak lelaki. Jelas tidak sesuai dan tidak perlu untuk sebuah filem Islamik)

Wednesday, August 10, 2011

SPR dan JPN


Baru -baru ini PAS telah mendedahkan kekeliruan /pertelingkahan maklumat yang terdapat dalam daftar pemilih SPR dengan semakan di JPN. Dikatakan 1400 lebih nama /no KP menimbulkan keraguan (di Selangor dan Johor sahaja)

Pendedahan menyebut 1400 lebih nama itu layak sebagai pengundi, tetapi apabila disemak di laman web JPN, mereka hanya berstatus penduduk tetap (PR)

(Saya menganggapkan mereka membandingkan nama /no KP dalam daftar pemilih SPR dan menyemaknya di laman web JPN)


“Di SPR, sekiranya ada sebarang keraguan mengenai status pemohon, kita akan segera merujuk kepada JPN, kita kena teliti setiap kriteria sebelum meluluskan dan mempamerkan daftar pemilih.

“Kita menyemak dan membetulkan nama pemilih setiap hari, jadi sekiranya ada pihak tidak puas hati sila datang untuk membuat semakan dengan SPR, sebab kita terbuka,” katanya.

 
Ditanya mengenai Mismah yang dalam rekod JPN berstatus pemastautin tetap, tetapi dalam sistem SPR dia telah didaftarkan sebagai pengundi baru, Abdul Aziz menjelaskan “Rekod dalam laman web JPN mungkin tidak dikemas kini, pembangkang tidak boleh merujuk hanya kepada rekod JPN, sebab itu kena semak dengan kita untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Dengan kata lain, beliau mengatakan pangkalan data di laman web JPN bukan yang terkini, dan ironiknya SPR juga merujuk ke JPN sebelum mengesahkan kelayakan seseorang pengundi itu.

Penjelasan logiknya mungkin JPN mempunyai 2 pangkalan data yang berbeza, satu untuk kegunaan dalaman manakala satu lagi untuk laman web. Atau maklumat dalam sistem mereka (SPR dan JPN) mempunyai integriti yang rendah. Atau...

Monday, August 1, 2011

SPR, Daftar Pemilih dan Biometrik


Saya bukan mahu bersifat pesimis dengan cadangan SPR untuk mengaplikasikan sistem biometrik untuk mengesahkan identiti pengundi dalam PRU akan datang. Saya difahamkan, sistem seumpamanya telah lazim digunakan di beberapa jabatan kerajaan.

Namun saya kurang yakin ia dapat diaplikasikan dalam PRU yang akan datang kerana terlalu banyak kekangan. Antaranya, daftar pemilih /sistem sedia ada ternyata 'tidak bersih'. Saya sama sekali tidak menuduh SPR korup atau sebagainya, tetapi cuba lihat contoh ini:

Sila lawat http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBI.aspx untuk menyemak daftar pemilih pengundi.

Masukkan nombor -nombor KP seperti yang berikut:
801231130313
830416610017
881231100432
790610740022

Sila lihat maklumat pada baris 'Birth Date'. Semuanya berusia lebih 100 tahun, bertentangan dengan no KP mereka. Justeru, siapakah mereka ini? Inikah 'pengundi hantu' yang dimomokkan oleh pembangkang?

Dengan kata lain, sistem sedia ada yang dilihat bersifat kurang kompleks dan manageable pun tidak mampu dibuktikan 100% tepat. Apakah SPR mampu? Saya yakin tidak.

Dari sudut lain, saya bersyak wasangka bahawa sistem biometrik hanya untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari membincangkan isu sebenar kelemahan SPR, kepada sesuatu yang nampak canggih, yang kononnya cuba dilaksanakan SPR sebagai satu langkah tranformasi.