Monday, August 22, 2011

Sang Pencerah [2010]

Tajuk> Sang Pencerah
Negara Pengeluar> Indonesia
Tarikh Tayangan> September 2010 (Indonesia)
Genre> Biopik Sejarah

Filem biopik sejarah ini mengisahkan perjuangan pengasas kumpulan Muhammadiyah di Indonesia, KH Ahmad Dahlan. Beliau digambarkan sebagai seorang reformis agama yang banyak dipengaruhi oleh Jamaluddin Afghani dan Muhammad Abduh. Beliau telah banyak mengubah kehidupan beragama masyarakat Islam di Pulau Jawa yang ketika itu yang banyak mendekati amalan syirik dan bidaah.

Antara reformasi yang dilaksanakan oleh beliau di dalam filem ini adalah, memperbetulkan arah kiblat, menyelar amalan bidaah dan khurafat dalam masyarakat, memodenkan pesanteran /pondok, memasukkan silibus pelajaran agama di dalam sistem persekolahan Belanda /golongan elit dan yang paling utama, mengasaskan kumpulan sosial Muhammadiyah. Beliau menghadapai pelbagai mehnah dan tentangan terutamanya daripada kelompok ulama ortodoks dan pemimpin setempat.

Filem ini menggunakan kira -kira 50% bahasa Jawa dan selebihnya bahasa Indonesia, sedikit bahasa Arab dan Belanda. Jalan ceritanya agak straight forward, mutu lakonan yang sederhana, dan kesungguhan tinggi menyediakan prop yang sesuai dengan zaman tersebut (1868-1923).

Keseluruhannya, ia merupakan sebuah filem biopik sejarah yang berkualiti. (Cuma yang agak menimbulkan tanda tanya, ada babak yang menunjukkan alat kemaluan kanak -kanak lelaki. Jelas tidak sesuai dan tidak perlu untuk sebuah filem Islamik)

No comments:

Post a Comment