Saturday, May 29, 2010

Unthinkable - Muslim Sebagai Pengganas Lagi..


Hollywood sering menggambarkan dan mengaitkan Islam dengan keganasan, dan tidak ada bezanya dengan filem ini.

Unthinkable mengisahkan H (Samuel L. Jackson), seorang penyoal -siasat (dan seorang penyiksa) diminta menyoal -siasat Yusuf (Michael Sheen), seorang pakar bom yang beragama Islam. Yusuf mendakwa telah memasang 3 buah bom nuklear yang diletakkan di 3 bandar utama di AS. H dibantu oleh oleh seorang agen FBI, Brody (Carrie Anne Moss), seorang yang mengutamakan integiriti dan etika dalam siasatan.

Filem ini menggambarkan betapa pihak berautoriti di AS sedia menggunakan apa sahaja teknik penyiksaan untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang disyaki. Dan H telah pergi lebih jauh di luar batasan kemanusiaan dengan membunuh isteri Yusuf dan mengancam untuk menyiksa 2 orang anak Yusuf di hadapannya.

Dan filem ini seolah -olah memberi justifikasi terhadap penyiksaan tersebut, dengan alasan ia untuk menyelamatkan jutaan nyawa manusia yang lain. "Either we kill his 2 kids or he kill thousand of ours!"

2 comments:

  1. Saya rasa kita tak boleh tengok jalan cerita itu dari skop yang sempit, iaitu ia telah digambarkan bagi mengutuk Islam, saya rasa niat sebenar cerita itu adalah di akhirnya terbukti bahawa rule of law still reign supreme dan hak-hak individu tetap perlu dipelihara, ini adalah apabila Agent Brody menyatakan bahawa dia sanggup mengambil risiko the possibility of millions of ppl being blown rather than take the lives of two innocent children. Maksud sebenar movie ini adalah tertumpu kepada character H dan Agent B....the voice of fluctuating environment factors that can be swayed according to circumstances and the voice of Reason and Justice. I think the movie captured this essence perfectly, better to let 100 guilty men go free than to convict one innocent man.

    ReplyDelete
  2. Saya baru sahaja habis tengok movie ni..istighfar panjang saya..Ya Allah..x boleh ke kalau tak letak Islam sebagai agama yg ganas...tak boleh ke!!!!...xkan la sanggup yusuf bunuh diri? Ni bukan pejuang Islam kalau bunuh diri!!! Us lebih sayang org sendiri dari org islam di Iraq...saya ternanti2 tentera khilafah untuk hentikan semua ni..Ya Allah..=(

    ReplyDelete