Ramai pihak telah memberi respon terhadap pengumuman oleh Timbalan Menteri Kewangan mengenai kelulusan aktiviti perjudian bolasepak bersempena dengan Piala Dunia 2010.
Ulama sudah pasti membantah, samada secara diam ataupun tanpa selindung. Ulama di dalam kerajaan tampak membisu di dalam isu ini, tetapi saya yakin mereka turut membantahnya dalam senyap. Ahli politik terutamanya dari PAS sudah mengambil inisiatif yang difikirkan mereka sesuai untuk menzahirkan ketidak -setujuan mereka. Namun ada juga ahli politik Melayu - Islam dari pihak UMNO terutamanya yang memandang sinis bantahan tersebut dan mengalihkan pandangan masyarakat kepada isu dan permasalahan lain yang sedia wujud dalam negeri -negeri Pakatan Rakyat. Media arus perdana yang dikepalai oleh Melayu - Islam turut memandang enteng kepada isu ini atas sebab, ia dijuarai oleh PAS dan memberi imej negatif kepada kerajaan.
Ulama sudah pasti membantah, samada secara diam ataupun tanpa selindung. Ulama di dalam kerajaan tampak membisu di dalam isu ini, tetapi saya yakin mereka turut membantahnya dalam senyap. Ahli politik terutamanya dari PAS sudah mengambil inisiatif yang difikirkan mereka sesuai untuk menzahirkan ketidak -setujuan mereka. Namun ada juga ahli politik Melayu - Islam dari pihak UMNO terutamanya yang memandang sinis bantahan tersebut dan mengalihkan pandangan masyarakat kepada isu dan permasalahan lain yang sedia wujud dalam negeri -negeri Pakatan Rakyat. Media arus perdana yang dikepalai oleh Melayu - Islam turut memandang enteng kepada isu ini atas sebab, ia dijuarai oleh PAS dan memberi imej negatif kepada kerajaan.
Saya cuba melihat isu ini daripada perspektif seorang yang Kaki Bola. Soal halal -haram telah jelas, nyata dan terang. Tidak perlu memperdebatkannya. Atas alasan apa pun, mereka yang mempunyai kuasa mengubah perlu cuba sedaya mereka untuk menggagalkan perkara ini. Telahan saya, nilai cukai yang cukup tinggi akan kembali kepada kerajaan. Juga alasan, tanpa peng'halal'an ini pun, judi bola tetap berlaku secara illegal (dan satu masa nanti mungkin pelacuran, pornografi, dan sebagainya akan di'halal'kan kalau mengikut logik tersebut)
Perjudian bolasepak seperti yang diamalkan di luar negara terutamanya di Eropah biasanya membabitkan perkara berkaitan keputusan perlawanan, bilangan jaringan, penjaring terbanyak, pasukan yang menjadi juara dan sebagainya. Syarikat perjudian akan menyediakan 'Odds', iaitu satu pemboleh ubah yang bakal menggambarkan kebarangkalian keputusan dan akan menentukan berapa banyak wang yang bakal dimenangi oleh kaki judi yang bertaruh. Semakin rendah Odds (very likely result), semakin rendah wang kemenangan.
Secara teknikalnya, kebarangkalian untuk menang dalam judi bola adalah lebih tinggi sedikit berbanding judi nombor ekor. Kita ambil contoh pertaruhan menentukan Juara Piala Dunia. Hampir semua pakar dan peminat bolasepak bersetuju dan meramal juara biasanya datang daripada 8 sehingga 10 kelompok negara tradisi. Jadi secara matematiknya, peluang untuk menang adalah di sekitar 10 hingga 12.5%.
Sepanyol adalah pilihan ramai diletakkan odds 9-2 untuk menang. Pasukan yang agak lemah seperti Mexico pula 50-1. Negara lain yang juga menjadi pilihan adalah seperti England, Brazil, Argentina dan sebagainya. Kaki judi pasti memilih dikalangan negara -negara pilihan kerana kebarangkalian untuk menang adalah sangat tinggi (tetapi nilai wang kemenangan akan menjadi semakin rendah)
Justeru, boleh dikatakan judi bola adalah safe bet kepada peminat bolasepak yang tegar. Mereka ini memang sedia mengikuti segala perkembangan seperti kecederaan pemain, penggantungan, dan prestasi semasa. Jadi maklumat sedemikian boleh dijadikan sandaran untuk memilih pertaruhan. Mereka mungkin akan menjadikan aktiviti perjudian sekadar suka -suka, seperti mana peminat bolasepak yang meminati permainan konsol FIFA, bermain Football Fantasy, memakai jersi pasukan pilihan mereka, membeli cenderamata pasukan dan sebagainya. Sekadar 'melengkapkan' obsesi mereka terhadap bolasepak.
Kesimpulan yang cuba saya sampaikan adalah:
- Peng'halal'an aktiviti judi bolasepak akan melahirkan kelompok baru kaki judi dalam masyarakat.
- Judi bola bersifat safe bet dikalangan peminat bolasepak, dan mereka akan berani mencubanya dan mengamalkannya.
- Mereka yang takut -takut atau yang tidak tahu mengenai judi bola yang selama ini dijalankan secara berselindung /illegal akan berasa selesa untuk menyertainya.
Dan tidak mustahil dalam 5 tahun akan datang, pelajar sekolah pun akan ketagih dengan judi bola jika aktiviti ini di'halal'kan sekarang.
Your contents are too simple to read and easy to understand. situs bola online
ReplyDeletesupreme t shirt
ReplyDeletesupreme clothing
supreme clothing
off white jordan 1
yeezy shoes
off white
off white x jordan 1
nike x off white
hermes handbags
off white hoodie
x9v62r1h41 x3g29i2l38 c6i01s0r76 y8h17n3y65 y0l98n7x80 c5w41x9u59
ReplyDelete