Monday, December 27, 2010

Of Gods and Men [2010]

Of Gods and Men aka Des hommes et des dieux, sebuah filem Perancis yang mendapat rebiu positif daripada pengkritik dan pasaran. Dikatakan bakal mengungguli Oscar bagi kategori Filem Luar Terbaik.

Berdasarkan kisah benar, ia memaparkan sekumpulan pendakwah Kristian yang hidup harmoni bersama kelompok masyarakat Muslim di sebuah perkampungan di Algeria. Kedamaian perkampungan itu mula tergugat apabila kumpulan militan mula berkonfrontasi dengan kerajaan Algeria.

Diakui, ia merupakan sebuah filem yang jelas mempromosikan dakwah Kristianisasi. Namun ia memancarkan dengan jelas bahawa pendekatan 'dakwah' mereka begitu bijak dan efisyen. Pendakwah -pendakwah itu menjadikan gereja sebagai pusat komuniti, klinik dan tempat pergantungan masyarakat Muslim tersebut. Ketepatan fakta mungkin boleh diragui, tetapi itulah realitinya. Dakwah mereka begitu teratur dan perlu dicontohi.

Wednesday, December 22, 2010

Religulous [2008]

(Tajuk filem ini adalah terbitan perkataan Religion dan Ridiculous)

Religulous merupakan filem dokumentari yang bersifat humor, kritikal dan provokatif terhadap kehidupan beragama. Ia dihoskan oleh Bill Maher, seorang pelawak stand in dari Amerika. Beliau menjelajah ke serata pelusuk dan menemuramah beberapa orang pemimpin (politik dan agama), ahli akademik dan orang awam mengenai agama.

Beliau secara umumnya menolak idea semua agama (tetapi tidak mempersoalkan kewujudan Tuhan) dan mendakwa semua agama merupakan idea yang direkacipta oleh manusia itu sendiri. Antara agama yang disentuh secara khusus adalah Kristian, Islam, Nasrani dan Mormons. Antara tempat utama yang dilawati oleh beliau adalah Bandar Vatican, Baitul Muqaddis, Amsterdam dan London selain beberapa rumah ibadat.

Antara individu (serta topik yang dibahaskan) yang dipaparkan 'mewakili Islam' adalah
# Fatima Elatik, ahli politik Muslim-Belanda (mengenai pembunuhan Theo van Gogh, Islam dan keganasan)
# Aki Nawaz, penyanyi rap Muslim-Britain aka Propa-Gandhi (mengenai ancaman bunuh kepada Salman Rushdie)
# Dr. Muhammad Hourani, koordinator Center for Peace and Reconciliation at the Dome of the Rock (mengenai peristiwa Mikraj, Kaabah dan persengketaan Yahudi-Kristian-Islam)
# Pengunjung (tanpa nama) Habibi Ana, bar Muslim-gay di Amsterdam (mengenai Islam dan homoseksual)
# Mohamed Junas Gaffar, Imam Masjid Amsterdam (mengenai Islam dan keganasan)

Secara umumnya beliau agak licik mempersendakan beberapa aspek dalam agama terutamanya kesahihahan 'cerita -cerita ajaib' dan fakta dalam Bible, percanggahan dalil Al Quran dan perlaksanaan ajaran Islam, serta amalan kuno agama Nasrani. Beliau turut mempergunakan hujah dan fakta sains untuk menidakkan kehidupan beragama. Tetapi harus diingat yang ini adalah dokumentari beliau, justeru segala bingkisan klip dan topik temuramah ini dimanipulasi untuk memenangkan pendapat beliau.

Dokumentari ini memang bersifat provokatif, tetapi ia tetap merupakan suatu bahan rujukan yang amat menarik terutamanya untuk kita memahami pemikiran non-believer /infidel, disamping menambah rasa kesyukuran kerana kita telah ditempat dan dilahirkan dikalangan mereka telah tersedia berakidah Islam.

Monday, December 20, 2010

The Stoning Of Soraya M [2009]

Filem Amerika yang diadaptasikan daripada novel Perancis, La Femme Lapidee. Ia mengisahkan Soraya yang dihukum rejam sampai mati ekoran pertuduhan zina daripada suaminya, berlatar -belakangkan perkampungan kecil di Iran selepas kejatuhan Shah Iran dan berlandaskan kisah benar.

Ia mengupas ketidak -adilan hirarki masyarakat, kedudukan wanita, kelemahan sistem undang -undang Syariah di Iran. Di dalam masa yang sama, ia menggambarkan prejudis barat terhadap sistem perundangan Islam dan kedudukan wanita dalam masyarakat Islam. Mullah yang korup, ketua masyarakat yang lemah, dan masyarakat yang mudah menghukum digambarkan dalam filem ini. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana filem ini adalah produk Hollywood dan daripada produser yang menghasilkan 'Passion Of The Christ'.

Keseluruhannya plot filem ini agak lemah. Namun ia tetap sebuah filem yang menarik untuk ditontoni tetapi harus ditontoni dengan minda yang terbuka dan bersedia untuk tidak dipengaruhi.

Wednesday, December 15, 2010

Seminar Minisiri Dinar Emas

 
Untuk melestarikan usaha Dinar & Dirham di Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia bersama Al-Qafilah International Sdn Bhd akan menganjur Seminar Minisiri Dinar Emas bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai keperluan Dinar & Dirham dalam Muamalah umat Islam.
Pelancaran Kelab Penyokong Dinar dan jualan Dinar & Dirham akan turut memeriahkan lagi acara ini.

Tarikh: 22 Disember 2010 (Rabu)
Tempat: Bilik Perhentian, PWTC, Kuala Lumpur
Masa: 08:30 pagi - 05:30 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Wednesday, December 8, 2010

TV Al Hijrah

TV Al-Hijrah selamat dilancarkan oleh PM malam tadi. TV yang diwujudkan hasil inisiatif JAKIM ini bakal memberi dimensi dan alternatif baru kepada dunia penyiaran dan hiburan di tanah air.

Ia telah memulakan siaran percubaannya bermula 02 November 2010. Saya telah cuba menontonnya beberapa kali dan mendapati kandungannya amat baik (untuk peringkat permulaan). Namun begitu, kualiti siarannya masih rendah dan saya fikir pengguna memerlukan peranti tambahan (booster) untuk mendapatkan kualiti siaran yang lebih baik. Diharapkan TV Al-Hijrah dapat meningkatkan kualiti siaran disamping menempatkannya dalam menu saluran Astro dengan secepat mungkin.

Semoga saluran ini akan mendapat kepercayaan segera penonton dan penaja (masalah utama dunia penyiaran Islam)

Sunday, December 5, 2010

Tere Bin Laden [2010]

Sebuah filem satira Bollywood yang berlatarbelakangkan Pakistan. Mengisahkan seorang wartawan penyiaran Muslim, Ali Hassan, yang bercita -cita besar untuk mengembangkan kariernya di AS. Namun cita -citanya terhalang dek kesilapannya semasa penerbangan ke New York disamping polisi imigresen AS pasca serangan 11 September.

Selepas beberapa tahun menunggu untuk mendapatkan visa perjalanan yang telah beberapa kali ditolak, Ali memutuskan untuk pergi ke AS dengan identiti palsu. Namun ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Terdesak, dia bertindak membuat rakaman Osama Bin Laden palsu untuk mendapatkan wang segera.

Keseluruhannya ia merupakan sebuah filem yang sederhana. Sedikit sindiran mengenai polisi perang AS walaupun ramai watak Muslim di dalamnya digambarkan sebagai obses terhadap AS. Filem Bollywood bukanlah sesuatu yang aku gemari, tetapi filem ini memberi sedikit perbezaan dan kelainan. 5/10.

Friday, November 19, 2010

Kurtlar Vadisi Filistin

The Valley Of The Wolves / Kurtlar Vadisi Filistin merupakan filem keluaran negara Turki yang bakal ditayangkan kepada umum awal tahun 2011. Filem diinspirasikan daripada kisah serangan komando Israel terhadap konvoi bantuan kemanusiaan yang berlaku pada pertengahan tahun ini. Ia dikoloborasikan dengan kisah fiksyen bagi memberi tarikan kepada jalan cerita.

Trailer nya boleh ditonton di sini.

Monday, November 15, 2010

Kunjungan Syeikh Ramadhan dan Multaqa' Ulama' Selangor


Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel) akan mengadakan Multaqa' Ulama' Selangor bersama Syeikh Ramadhan Al -Buti (bekas Mufti Syria). Berikut adalah butir -butir program berkenaan:

Tarikh> 29 November 2010 (Isnin)
Tempat> Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor
Masa> 07:30 malam (usai Maghrib)
Tajuk> Pembinaan Negara Islam Moden: Realiti Semasa

Syarahan akan diadakan dalam Bahasa Arab dan dibantu oleh penterjemah. Ia akan diikuti dengan Multaqa Ulama' Selangor di Dewan Jamuan VIP Masjid Negeri. Semua dijemput hadir.

Friday, November 12, 2010

Seminar Islam Dan Hak -Hak Wanita

Seringkali isu berkaitan wanita Islam dibahas dan dibicara dalam pelbagai bentuk perbincangan semasa. Isu yang sering dimainkan ialah mengenai hak dan status wanita dari perspektif Islam. Lebih jauh dari itu, ada juga perbahasan yang cuba untuk melihat apakah wanita itu ditindas atau menjadi golongan kelas kedua di sisi Islam. Ia adalah topik yang sensasi dan sering juga disensasikan oleh media. Ia juga suatu topik yang sering dibahaskan oleh para sarjana sama ada sarjana Muslim atau bukan Muslim, dari dalam atau luar negara. Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada program Musawah yang dianjurkan pertubuhan tempatan, tidak lain bertujuan untuk membela wanita tetapi ada yang meragui kaedah dan pendekatan yang digunakan.   

Oleh itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cuba mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar ini agar segala tanggapan negatif terhadap kedudukan wanita dalam Islam dapat dirungkai serta difahami secara tuntas. Dengan cara ini, pendekatan pendidikan dan perbincangan akan dilihat sebagai jalan terbaik untuk menangani sebarang konflik berkaitan wanita dan status mereka dalam syariat.

Seminar ini akan berlangsung pada Selasa, 14 Disember 2010 bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.30 petang. Ia akan diadakan di Dewan Annex, Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor. (Bersebelahan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pejabat yang menempatkan jabatan  -jabatan kerajaan negeri). Tiada bayaran dikenakan tetapi keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mendaftar awal.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Sunday, October 24, 2010

Peristiwa Menarik Semalam


Semalam aku menghadiri majlis pernikahan seorang saudara di sebuah masjid. Sebenarnya ia cuma majlis pernikahan masyarakat kita yang tipikal, dilangsungkan di masjid, usai solat Asar, berwali hakim, dan sebagainya.

Tetapi yang menjadi menariknya, apabila tiba giliran Imam Nikah hendak menyampaikan khutbah nikah, beliau bertanya kepada Pengantin Lelaki..

Imam Nikah> Boleh baca ni tak? (sambil menunjuk beberapa keping kertas)
Pengantin Lelaki> Em, boleh. (dalam keadaan yang gemuruh)

Lalu beliau terus membacanya dengan menggunakan pembesar suara, terus -terusan tanpa berhenti dengan penuh yakin. Walhal itu sebenarnya teks khutbah nikah. Kira -kira 20 minit selepas itu (tamat bacaan teks tersebut), Imam Nikah sambil tersenyum..

Imam Nikah> Terima kasih lah, ye. Separuh kerja saya dah selesai..

Aku tak pasti apa sebenarnya yang berlaku, tetapi aku assume Imam Nikah tersebut hanya ingin menguji literasi bacaan al Quran pengantin (yang terdapat pada teks khutbah). Tetapi mungkin kerana pengantin tersebut nampak teruja dan gemuruh, Imam Nikah hanya membiarkannya sahaja..

Wednesday, October 20, 2010

Denyut Kasih Medik

Sebenarnya akhir -akhir ini aku telah kurang membaca novel, mungkin baru -baru ini beralih kepada pembacaan bahan yang lebih serius. Namun aku sempat mencuri waktu untuk membaca sebuah novel yang nampak agak unik, Denyut Kasih Medik.

Novel ini merupakan hasil tulisan Dr Farhan Hadi Mohd Taib, seorang doktor perubatan lulusan dari UNIMAS. Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd dan cetakan pertama Februari 2010.

Ia mengisahkan seorang doktor muda yang mendepani pelbagai cabaran dalam baru merintis kerjaya dan kehidupan sehariannya. Ia disulami dengan pelbagai isu berkaitan dengan fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh percintaan.

Keseluruhannya, jalan ceritanya agak sederhana dengan gaya bahasa yang mudah. Namun jelas keistimewaan novel ini adalah dari segi persembahan susun aturnya. Melalui nota kaki /sisi, setiap istilah perubatan diperjelaskan dengan baik dan isu berkaitan fiqh disokong dengan dalil yang mantap. Ia cukup membantu sekiranya kita bukannya arif tentang bidang perubatan mahupun agama. Perkara yang kompleks dihuraikan dengan begitu cantik dan santai.

Lagi -lagi ia dikarang oleh penulis yang memang ahli dalam bidang tersebut, jadi hujahnya nampak begitu mampan. Seolah -olah membaca novel kontemporari yang disisip dengan jurnal perubatan Islam.

Tahniah kepada penulis. Sangat dicadangkan untuk golongan remaja dan pelajar.

Monday, October 18, 2010

Program Ibadah Qurban dan Ziarah (Kemboja dan Pattani)


Persatuan Ulama' Malaysia (WP), kini melancarkan Program Ibadah Qurban dan Ziarah di Kemboja dan Selatan Thailand (Pattani dll), bertujuan membantu masyarakat Islam/fakir miskin di sana pada hari raya Qurban 2010.

PAKEJ YANG DITAWARKAN

1. Tawaran Pakej 3 hari 2 malam - KEMBOJA
(bertolak/bermula pada 16 Nov. hingga 18hb. Nov 2010, hari raya ke-4, bertolak kembali ke KL). HANYA RM1,590.00 seorang bagi mereka yang ingin turut serta pada program Ibadah Qurban (tidak termasuk penyertaan Ibadah Qurban).
    Peluang kunjung ziarah/lawatan

    * destinasi program Qurban di Kg. Cham
    * sekolah-sekolah
    * perkampungan masyarakat miskin
    * bantuan derma bakti/zakat fakir miskin
    * turut serta aktiviti dan pengagihan daging qurban dll.

2. Pakej Ibadah Qurban - KEMBOJA/PATTANI setiap bahagian HANYA RM250.00 (lembu), atau    RM500.00 (kambing). Tiada ziarah.

Setiap individu boleh memilih sama ada pakej 1 atau pakej. Sila rujuk ke laman sesawang PUM (http://ulamadaily.blogspot.com/2010/10/program-ibadah-qurban-di-kemboja-dan.html) atau hubungi:

Ust. Abd. Halim Zakaria - 012-6625681 (Wakil KL)
Ust. Hasan Alfadli - 019-2149257 (Wakil KL)
Ust. Khairul Anuar Mustafa - 013-6714932 (Wakil KL)
Ust. Kamarudin Kassim - 019-5228455 / 019-4782708 (Wakil Kedah & P.Pinang)
Ust. Yusri - 013-6295605 (Wakil Selangor)

Konsert Otai Rock: Battle of Dakwah

Tarikh >23 Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat >Pantai Morib, Banting, Selangor
Masa >09:00 malam
Anjuran >Pergerakan Belia Tempatan MDKL, Briged Amal, Kempen Anti Zina Selangor, Belia Selangor Generasi Idaman.
 
Antara artis yang turut serta Radzi (Melissa), Mel (Wings), Blank (Gamma), Afie (UTophia), Duan (Olan), dll.

Thursday, October 7, 2010

Sekolah Harapan Kerajaan Melaka


Setelah hampir sebulan beroperasi, sekolah untuk remaja hamil atau lebih dikenali sebagai Sekolah Harapan telah 'menyambut' kelahiran bayi pertamanya kelmarin. Sewaktu ia mula -mula diumumkan sehinggalah hari ini, masih terdapat polemik dan suara -suara sumbang yang mempertikaikan keperluan sekolah tersebut.

Saya bukanlah ahli dalam agama mahupun ilmu kemasyarakatan. Namun sebagai warga masyarakat yang prihatin, saya memandang positif usaha ini. Remaja yang terkhilaf dan terlanjur ini memerlukan jalan keluar terbaik, dan kewujudan sekolah ini adalah jawapan terbaik untuk masalah mereka dan keluarga mereka.

Kepada yang menentang, mungkin mudah untuk bersuara dan membangkang. Tetapi apa lagi solusi terbaik untuk kes -kes sebegini?

Walau demikian, saya memandang ia hanya sebagai langkah penyelesaian jangka pendek. Ibarat polemik pemberian picagari dan kondom kepada penagih dadah untuk menyekat penyebaran HIV. Contoh lain, pemberian dadah sintetik untuk mengawal penagihan dadah penagih dadah yang tegar.

Sekolah tersebut bukan penyelesaian jangka panjang, dan perlu menjadi hanya sebahagian kecil dari perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri Melaka bagi membendung gejala seks di luar pernikahan dan masalah yang lainnya. Langkah yang bersifat pencegahan dan penyekatan lebih perlu diutamakan dan difikirkan, seterusnya dilaksanakan.

Filem Sang Pemimpi [2009]

Filem yang ditayangkan di Indonesia pada penghujung tahun 2009. Merupakan sekuel kepada novel /filem Laskar Pelangi.

Watak utama yang dikekalkan adalah Ikal, iaitu pencerita kepada kisah ini. Ikal berpindah ke Manggar untuk meneruskan persekolahannya di SMA (Sekolah Menengah). Di sana, dia bersahabat baik dengan Arai dan Jimbron. Ikal dan Arai adalah pelajar pintar, dan mereka berdua mengejar impian untuk melanjutkan pelajaran ke Jakarta, dan seterusnya ke Paris.

Kualiti filem kedua ini jauh lebih baik dari Laskar Pelangi. Cuma kurang menginspirasikan berbanding sebelumnya. Kerana mungkin fokusnya lebih kepada dunia keremajaan 3 orang sahabat itu, berbanding tumpuan kepada masalah pendidikan dan kemiskinan yang terdapat pada Laskar Pelangi.

Rating 8/10.

Wednesday, October 6, 2010

The Infidel [2010]


The Infidel is a 2010 British comedy film directed by Josh Appignanesi and written by David Baddiel. The film stars Omid Djalili, Richard Schiff, Yigal Naor and Matt Lucas, and revolves around a British Muslim who goes through an identity crisis when he discovers he was adopted as a child and born to a Jewish family.

Overall, Im having good time with it. Good laugh on few punching lines and able to see different perspective of Muslim - Jews strain relationship. Rating 6.5/10.

Tuesday, October 5, 2010

Filem Dalam Mihrab Cinta

'Dalam Mihrab Cinta' (DMC) merupakan novel tulisan Kang Abik, atau Habiburrahman El Shirazy. Beliau memang cukup dikenali melalui karya magisnya  iaitu Ayat Ayat Cinta (AAC) dan Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Ketika ini beliau sedang dalam proses pembikinan filem DMC, di mana beliau pertama kali menggalas tanggungjawab selaku pengarah. Ia masih di peringkat pengambaran dan dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.

Sekilas ingatan saya mengenai jalan cerita DMC, agak kabur kerana saya membaca novelnya lewat masa yang lalu. Ia mengisahkan seorang pelajar pesantran yang telah dibuang pesantrannya akibat tuduhan mencuri yang palsu. Dia terpaksa menyelusuri kehidupan kota yang mencabar, dan akhirnya betul -betul terpaksa mencuri akibat desakan hidup. Kehidupannya mengalami transisi apabila diupah menjadi seorang guru mengaji untuk seorang anak hartawan.

DMC diterajui oleh Dude Harlino, Meyda Sefira dan Asmirandah. Mereka pernah muncul sebagai Ustaz Ilyas, Ayatul Husna dan Dr Vivi dalam Filem KCB sebelumnya.

Untuk filem AAC, Kang Abik hanya bertindak di belakang tabir. Dalam filem KCB pula, beliau hanya memegang peranan kecil selaku Ustaz Mujab tetapi peranannya itu terus berkembang dalam Sinetron KCB. Saya fikir beliau merupakan antara pelakon yang paling cemerlang di dalam sinetron itu. Bukan hanya kerana kualiti lakonannya, tetapi saya fikir kerana nasihat atau syarahan yang terkandung dalam skrip beliau cukup kesampaian dan meyakinkan. Mungkin kerana berbeza sedikit dengan pelakon yang lain, mereka hanya berlakon sebagai ustaz atau ustazah. Nasihat atau syarahan mereka hanya skrip semata -mata.

Ada yang bertanya kepada saya mengapa saya gemar dan memberi perhatian kepada filem Islamik sebegini. Jujurnya diakui kalau dinilai dari aspek seni dan kualiti, filem -filem sebegini bukanlah tanda aras sebuah filem yang berkualiti tinggi. Tahap lakonan para pelakonnya juga boleh dikategorikan sebagai sangat amatur. Tetapi ia merupakan satu anjakan baru dalam dunia filem. Filem yang bukan sahaja berperanan sebagai suatu bahan hiburan, tetapi dalam masa yang sama boleh mendidik dan tidak melanggari batasan syariat.

Friday, October 1, 2010

Sejak Bila Mereka Peduli?

Baru -baru ini timbul kritikan daripada UMNO Pulau Pinang berhubung tindakan Kerajaan PR mengagihkan wang ihsan kepada golongan miskin, yang bersumberkan sumbangan daripada syarikat perjudian. Mungkin isunya ada dua, pertamanya ia adalah sumber yang haram dan keduanya penafian /pembohongan Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung pendedahan tersebut.

Saya tidak layak untuk mengulas dari segi hukum, namun ada ulama yang meletakkan sumber tersebut boleh digunakan (rujuk Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Haram dan Memulangkan Wang Sumbangan Kerana Ia Hasil Judi). Saya masih 50-50 mengenai perkara tersebut, tetapi kalau mengikut logik UMNO Pulau Pinang, boleh dikatakan semua pendapatan kakitangan kerajaan telah bercampur baur antara halal dan haram, maka haramlah jadinya.

Namun isu kedua (penafian /pembohongan), saya bersetuju bahawa KM PP telah melakukan kesilapan di sini. Kesilapan klasik ahli politik yang suka berbohong untuk melindungi sebarang kesilapan (samada PR atau BN).

Namun secara positifnya, saya suka untuk melihat dari satu sudut. Bahawa puak -puak UMNO ini mula peduli dan prihatin terhadap soal halal haram dalam pentadbiran kerajaan. Justeru, jadikanlah ia satu kes precedent dan sempadan, serta ia akan diaplikasikan dalam pentadbiran mereka pula. Jangan pula "Berkokok berdegar -degar, tapi ekor bergelumang tahi..".  Janganlah ia hanya 'diperjuangkan' kerana mengejar laba politik..

Sunday, September 26, 2010

Happy Week


Its been happy and positive week for me. It could be better tonight.
Thanks Allah, Alhamdulillah..

Friday, September 24, 2010

The Office and The Big Bang Theory

My two favourite sitcoms are back. Both began the new season yesterday (US airtime), The Office are in 7th Season while The Big Bang Theory are in 4th.

I already watched The Office. The opening episode aren't so good, but aren't so bad either. But certainly seem promising compare to last season, which is quiet dissapointing.

I'm behind in The Big Bang Theory. Currently in the middle of 3rd season. This series are much better and better every season.

Wednesday, September 22, 2010

Sinetron Ketika Cinta Bertasbih

Pada Ramadhan yang lalu, telah disiarkan Sinetron 'Ketika Cinta Bertasbih' di televisyen Indonesia. Saya tidak begitu teruja untuk menontonnya kerana beberapa sebab. Pertama, saya telah membaca novel dan menonton filemnya. Keduanya, dimaklumkan bahawa sinetron ini mempunyai 56 episod, ia sangat panjang bagi saya.

Namun, selepas menemui pautan muat turun yang agak baik (kira -kira 400 mb untuk setiap episod), mungkin saya akan mencuba 1 atau 2 episod dahulu. Kalau ia berkualiti, mungkin saya tidak berfikir banyak untuk menonton keseluruhannya.

Dimaklumkan bahawa beberapa pelakon utama dikekalkan daripada filem sebelumnya dan ia dikolobrasi sepenuhnya dengan jalan cerita baru. Semoga ini boleh dijadikan medium dakwah yang efisyen.

Saturday, September 18, 2010

Four Lions [2010]

Pengebom berani mati memang sering dikaitkan dengan penganut Islam. Kali ini, filem keluaran Britain ini mengambarkannya dalam bentuk satira.

Four Lions mengisahkan dua beradik warga Britain berbangsa Pakistan yang yang begitu teruja untuk menjadi pejuang jihad. Mereka bersemangat sehingga sanggup terbang ke Pakistan untuk menyertai latihan militan. Namun latihan mereka itu menemui kegagalan, lalu mereka pulang semula ke Britain.

Sekembalinya, mereka telah membawa mesej palsu kepada rakan -rakan mereka bahawa mereka telah diarahkan untuk melakukan pengeboman di Bandar London. Rancangan mereka itu berjalan dalam keadaan kelam -kabut dek kerana kekurangan pengalaman dan kebijaksanaan.

Saya tidak begitu pasti samada filem ini ingin menyampaikan mesej negatif yang tersirat untuk mengecam Islam. Watak -watak Islam digambarkan di sini sebagai bodoh -bodoh alang, taklik buta, dan ortodoks (sekumpulan ahli fahaman Sufism turut dipotretkan di dalam filem ini)

Dari segi positifnya, filem ini menggambarkan bahawa perlaksanaan agenda keganasan seperti pengeboman berani mati bukanlah semestinya datang dari organisasi Islam. Ia hanyalah hasil inisiatif mereka yang 'bodoh' dan tidak memahami Islam dengan sebaiknya.

Dari satu sudut, filem ini memang tampak begitu humor dan menghiburkan. Tetapi secara jujurnya, saya tidak sanggup mentertawakan jenakanya.


Tuesday, September 14, 2010

Gazas Tarer aka Tears of Gaza


In a rough style, by way of unique footage, the brutal consequences of modern wars are exposed. The film also depicts the ability of women and children to handle their everyday life after a dramatic war experience. Many of them live in tents or in ruins without walls or roofs. They are all in need of money, food, water and electricity. Others have lost family members, or are left with seriously injured children. Can war solve conflicts or create peace? The film follows three children through the war and the period after the ceasefire. (IMDB)

Im looking forward to watch this film (and still finding download -able source). Its Arabic speaking documentary and produced by Norwegian (is it? TBH im not so sure..)



Sunday, September 12, 2010

Salam Idulfitri


Salam Idulfitri kepada yang mengenali diri saya. Ampun dan maaf diminta atas segala kesalahan yang mungkin dilakukan. Semoga segala ibadah yang kita sama -sama lakukan semasa Ramadhan lalu diterima sepenuhnya oleh Allah SWT dan menjadikan kita insan yang lebih baik lagi selepas ini.

Marilah kita sama -sama istiqamah dengan amalan ibadah sunat yang menjadi rutin harian kita selama sebulan yang lalu. Mungkin bukan bertarawih, tetapi amalan sunat seperti solat Witir, Tadarus, Tahajjud dan sebagainya harus dikekalkan. Walau mungkin 'tidak serajin' semasa di Ramadhan, tetapi dapatlah kiranya kita mengekalkan sedikit. Sabda Rasullullah SAW

Sebaik -baik amalan itu adalah berkekalan (istiqamah), walaupun hanya sedikit..

Sunday, September 5, 2010

Iklan Aidilfitri Santa Claus TV3

Baru -baru ini stesen televisyen no 1 Malaysia, TV3 telah menyiarkan sebuah iklan Aidilfitri yang agak mengelirukan. Iklan itu menampilkan dan mengintegrasikan unsur -unsur beberapa perayaan /agama utama negara kita. Kenderaan seperti kenderaan Santa Claus (Hari Natal), imej bunga teratai (Buddha) dan pelita (Deepavali) digabungkan dengan suasana Aidilfitri.

Secara umumnya ia memang nampak kreatif, tetapi malangnya ia tidak kena caranya. Nilai agama Islam sama sekali tidak digabungkan dan disamaratakan dengan agama lain. Pembikin iklan dan TV3 harus lebih sensitif terhadap isu ini kerana ia berkait rapat dengan soal akidah. Diharapkan mereka dapat menarik balik serta merta iklan tersebut.

Mungkin inilah impaknya dasar 1Malaysia yang dilaung -laungkan oleh pemerintah..

Monday, August 30, 2010

Siti Inshah Mansor dan Namewee

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Siti Inshah Mansor sebelum ini dikatakan mengeluarkan kenyataan Pelajar Cina boleh pulang ke China dan menyamakan gelang keagamaan kaum India seperti rantai anjing ketika perhimpunan sekolah itu.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyatakan kenyataan itu yang didakwa bersifat perkauman hanyalah salah faham dan perkara itu telah diselesaikan.

Rentetan perkara tersebut, seorang pemuda Cina yang dikenali sebagai Namewee (yang pernah mencetuskan kontroversi dengan klip video Negarakuku dan TNB suatu ketika dahulu) telah menghasilkan sebuah klip video yang cukup provokatif, penuh dengan kata -kata kesat dan bersifat perkauman.

Pada hemat saya, kedua -dua individu ini bersalah dan bersifat perkauman melampau (dengan anggapan Siti Inshah benar berkata demikian). Siti Inshah mungkin mengeluarkan kenyataannya dalam bentuk yang 'lebih sopan', tetapi harus diingat ia dikeluarkan dalam satu perhimpunan rasmi dan terbuka yang dihadiri oleh guru dan pelajarnya yang berbilang kaum. Kita juga perlu mengambil kira bahawa beliau adalah kakitangan kerajaan yang berkedudukan agak tinggi, yang seharusnya boleh bertindak lebih rasional dan berintegriti.

Manakala Namewee hanyalah belia terpinggir yang mungkin kurang matang lagi (berego tinggi dan bodoh sombong), serta dia melakukannya dalam dunia siber. Tapi ini bukanlah satu pembelaan, lirik lagu beliau jelas melampaui batasan.

Bak kata pepatah Inggeris, Two wrongs doesn't make a right. Pada hemat saya, kedua -duanya bersalah atas apa alasan sekalipun. Pihak berkuasa harus menjalankan penyiasatan yang adil dan menghukum keduanya dengan sewajarnya. Masyarakat akan menilai dan menghakimi sebarang tindakan yang bakal diambil.

Paku Dulang Paku Serpih..

Ia berkaitan dengan isu semasa yang agak hangat diperkatakan mutakhir ini. Isu Ahli Politik DAP /bukan Islam yang memasuki masjid /surau. Mungkin isu -isu yang utamanya adalah:

  • Isu samada bukan Islam boleh atau tidak bukan Islam memasuki ruang solat di masjid /surau.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa :
"Pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang."
  • Isu penutupan aurat /tatacara bukan Islam memasuki ruang solat di masjid /surau.
Adakah pemimpin UMNO ini  (sebagai contoh isteri Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) menutup aurat sepenuhnya ketika memasuki ruang solat di masjid /surau?
  • Isu samada ahli politik boleh berucap /berpolitik di dalam masjid /surau.
Ahli politik DAP tersebut wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sah di negara kita. Di dalam konteks tersebut, apa bezanya mereka dengan mana -mana Menteri /MP /ADUN UMNO yang berucap /merasmikan majlis / menyampaikan sumbangan di dalam masjid /surau? Adakah mereka ini tidak dikira berpolitik?
  • Kemurkaan Sultan Selangor dan arahan JAIS /MAIS
Kemurkaan Allah lebih utama dan lebih besar daripada kemurkaan seorang manusia..

Dan nikmatilah klip video Youtube di bawah ini, bagaimana puak -puak UMNO ini mengimarahkan Surau Al Falah, Sekolah Kebangsaan Sijangkang pada 09 Mei 2010 sempena Karnival Juara Rakyat.

Sunday, August 29, 2010

Bukan Islam Memasuki Masjid /Surau

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa :
 
Pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan


Hari ini merupakan hari terakhir bulan Syaaban dan ini bermakna esok semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan mula menunaikan puasa bukan kesekian kalinya. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita semua menjadi umat dan individu yang lebih baik daripada sebelumnya, Amin..

Ramadhan, produktiviti kerja seharusnya lebih tinggi kerana pengurusan masa menjadi lebih tersusun.. Kurang makan, kurang bercakap, dll.. Tidur?

Sunday, August 1, 2010

Facebook dan Israel

Perkara ini telah diketahui umum bahawa pengasas laman sosial Facebook merupakan seorang Yahudi. Saya tidak berminat mengulas mengenainya lagi (kerana bagi saya ia sekadar isu kecil) tetapi sekadar memanjangkan satu perkara (isu kecil juga) berkaitan mengenainya.

Di dalam dunia pengaturcaraan komputer, ada satu terma yang dipanggil macros - merupakan satu sub aplikasi /automated code yang disertakan dalam sesuatu aplikasi /sistem.

(contoh mudah macros, dlm MS Word, huruf kecil yang kita taip pada setiap permulaan ayat akan bertukar menjadi huruf besar secara automatik)

Di Facebook, jika kita pos pada wall, status, note atau upload apa sahaja  yang mengandungi perkataan 'israel' (contohnya kita taip 'Hancur Israel!'), secara automatik kita akan menyertai satu kumpulan Facebook 'Israel' (http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts). Ia mungkin sekadar satu 'lawak nakal' yang cuba dilakukan oleh pemilik Facebook.. Anda tafsirkan sendiri..

Tuesday, July 27, 2010

Seminar Baitul Maqdis 2010


Bersempena Mesyuarat Agung PUM Kali ke 31, PUM akan menganjurkan Seminar Baitul Maqdis 2010 pada 07-08 Ogos 2010 bertempat di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Maklumat lengkap mengenai program ini boleh dirujuk di sini

Friday, July 9, 2010

World Cup 2010 - Day 28

Day 28: Final Of Perennial Underachievers

Netherlands and Spain are known for years as perennial underachievers. They used had a best teams and great individuals coming to the tournament. And they also used to bottled it when it matters.

Spain best achievement in this tournament are the semifinal berth while Netherlands twice be in the finals, without winning it.

But this time around, they had fulfilled their great expectation after all these years. And coming next weekend there'll be a new name for a world champion, preferably, Netherland. Though Spain are the favourite.

Sunday, July 4, 2010

World Cup 2010 - Day 23

Day 23: The Last 4

2 powerhouse from Latin America sent packing by Netherlands and Germany. Brazil and Netherlands are closed encounter, but Argentina are totally trounced by the German. I think this 2 games are among the best games in this final.

Luis Suarez a cult hero again for Uruguayan. He deliberately blocked a ball using his hands from crossing goal line in dying minutes against sole African sole representative, Ghana. He got a red card and a penalty against his team. But it proven well worth cause the taker failed to make it count. Spanish had torrid moments against Paraguay. 1 penalty was missed by each sides but David Villa nicked it late to secured semifinal berth.

We'll be looking for a new world champion. Only Uruguay exceed early expectation and the rest are the usual suspects, at least for the 8.

Wednesday, June 30, 2010

World Cup 2010 - Day 19

Day 19: The Last 8

8 of the best had been identified. 1 African, 4 South American and 3 European. Its shame Asian and Central /North American didn't had a representative.

Uruguay vs Ghana
Germany vs Argentina
Netherlands vs Brazil
Paraguay vs Spain

Golden Boot Nominee
David Villa

Golden Ball Nominee
Lionel Messi

Most Outstanding Young Talent
Mesut Ozil

Tie of Round 8
Netherlands vs Brazil

Goal of the Round 16
Javier Hernandez (vs Argentina)


Looking forwards to watch all of these games. I missed few games so far.

Monday, June 28, 2010

World Cup 2010 - Day 17


Day 17: The World Cup Begins Now

The best 16 from 32 finalist. From 4 matches to date, there are 15 goals yielded. That are so impressive because normally teams will be more cagey in knock out phase. Hopefully this trend will be continue.

My favourite team England are out, though I'll not losing any sleep on that. Yes, there are few dissatisfaction about the goal line incident, but certainly Germany are the better outfit. My other favourites, Mexico and South Korean also shown tickets back. On positive notes, there will longer summer recuperation for Uniteds World Cup star. Rooney, Carrick, Hernandez, Park, Vidic, and Evra, plus already injured Ferdinand and Nani.

My favourite teams (I'm not a fan though) at this moment :Portugal and Netherland. And hopefully  the Japanese and the Chilean will do well too.

Friday, June 25, 2010

Denias, Senandung di Atas Awan


Denias, Senandung di Atas Awan merupakan filem keluaran Indonesia tahun 2006. Ia telah memasuki pemilihan Anugerah Oscar pada tahun tersebut.

Ia mengisahkan Denias seorang anak orang asli Papua yang ingin meneruskan pendidikannya bagi meneruskan amanat mendiang ibunya. Persekolahannya terencat seketika kerana guru yang mengajar telah meninggalkan perkampungan tersebut. Keazamannya yang kuat membawanya merantau beratus batu ke pekan berdekatan demi meneruskan cita -citanya.

Filem ini mempunyai sedikit persamaan dengan Laskar Pelangi. Perbezaan besarnya, ia dilakar berdasarkan kisah hidup sebenar seorang anak orang asli Papua yang bernama Janias, manakala Laskar Pelangi berdasarkan novel.

Keseluruhannya, ia merupakan sebuah filem yang sangat memberi inspirasi terutamanya kepada mereka yang amat menghargai erti pendidikan. Pemandangan yang tenang di kawasan pergunungan serta budaya hidup orang asli melatari filem ini. Rating 8/10.

Wednesday, June 23, 2010

Waltz With Bashir


Waltz With Bashir merupakan filem dokumentari-animasi 2D Israel yang dikeluarkan pada tahun 2008. Ia telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan antarabangsa pada tahun tersebut. Namun ia telah diharamkan tayangannya di beberapa negara Arab dan dunia Islam umumnya.

Tuesday, June 22, 2010

World Cup 2010 - Day 11


Match Day 2 Round Up

Goals tally are increasing tremendously, thanks to Portugal romp against North Korean. But quality of match officials are questionable. They're not that bad but certain referees seem too strict and numbers of red card are very worrying.

Exciting Matches
USA vs Slovenia
Brazil vs Ivory Coast

Beautiful Goals
Landon Danovan (USA vs Slovenia)
Diego Forlan (Uruguay vs South Africa)

Exciting Young Player
Mesut Ozil (Germany)
Alexis Sanchez (Chile)

Controversy Referee Decisions
'3rd goal' of USA canceled due to allegedly offside.
Harry Kewell's red card for blocking ball using his 'hand'

Worst Referee
Germany vs Serbia
Swiss vs Chile

News Of The Week
Nicholas Anelka sent home after criticized Raymond Domenech in dressing room (leaked by the insider)
Deposed English captain, John Terry publicly announced the team will had heart to heart meeting with manager Fabio Capello after dismal performance against Algeria.

Monday, June 21, 2010

World Cup 2010 - Day 10


Day 10: Upset

1 thing for sure I love about this current World Cup are a lot of upset results. There's no more whipping boys. What so called small teams can upset the big boys.

They know to play wisely and tactically adapt to their 'superior' opponents. OK, its make lesser goals for a spectator to enjoy. But today football are just about the results. You win a game, who cares how ugly you play.

Cameroon 0-1 Japan
Spain 0-1 Swiss
France 0-2 Uruguay
England 0-0 Algeria
Germany 0-1 Serbia
Italy 1-1 New Zealand

Friday, June 18, 2010

3 Doa 3 Cinta

Gandingan Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo memang dinantikan setelah kejayaan fenomena Ada Apa Dengan Cinta 8 tahun yang lalu. Aku akui, filem tersebut masih menjadi kegemaran aku sehingga kini.

3 Doa 3 Cinta mengisahkan kehidupan 3 orang pelajar pondok. Mereka sedang bersiap untuk menghadapi peperiksaan terakhir sebelum menamatkan pengajian mereka. Dalam tempoh tersebut, mereka merencana kehidupan selepas menamatkan pengajian kelak.

Secara keseluruhannya filem ini berselirat dengan kisah 3 pemuda tersebut. Cerita -ceritanya agak baik, tetapi digubah dengan cara yang kurang menarik dan dibiarkan terapung begitu sahaja. Pengakhirannya juga agak mendatar.

Dari sega temanya, ia agak kabur. Ia bukan filem bertemakan percintaan atau persahabatan, mungkin '3 Cinta' itu merujuk kepada cinta ibu bapa atau cita -cita. Tetapi itupun tema tersebut tidak diberi penekanan. Yang pasti ia bukan filem dakwah, kerana unsur Islamiknya hanya terletak pada imej sekolah pondok sahaja.

Sedikit mengecewakan, Dian Sastrowardoyo tidak memainkan peranan yang penting dalam filem ini, mungkin gandingannya dengan Nicholas sekadar tarikan promosi sahaja. Dan mengejutkan, dia tampak terlalu seksi kali ini. Rating 6/10.

Thursday, June 17, 2010

World Cup 2010 - Day 6

 Match Day 1 Round Up

Best Games
Brazil vs North Korea
Spain vs Swiss

Impressive Teams
German
South Korea

Impressive Players
Vincent Enyeama (Nigeria)
Eljero Elia (Holland)

Best Goals
Maicon (Brazil vs North Korea)
Siphiwe Tshabalala (South Africa vs Mexico)

Upset Results
Spain 0-1 Swiss
England 1-1 USA

Notable Moments
Tournament's first goal by Siphiwe Tshabalala (South Africa vs Mexico)
Robert Green slipped in Clint Dempsey's tame shot (England vs USA)

Best Kits
USA away (Nike)













Worst Kits
Cameroon away (Puma)


Wednesday, June 16, 2010

Judi Bola - Mereka Yang Menyokong..

Dalam laporan akhbar The Sun menyebut, beberapa pihak, antaranya daripada blogger Kickdefella dan Presiden CASSA, menyuarakan logika mengapa lesen perjudian bolasepak harus dibenarkan di Malaysia (atau sesetengah pihak mendakwa, bukannya kerajaan tidak memberi kelulusan baru sebaliknya hanya lesen diperbaharui).

Antara logika yang dinyatakan secara umum, perjudian bolasepak (secara haram) tetap berlaku samada dibenarkan oleh kerajaan atau tidak. Jikalau kerajaan tidak mengeluarkan lesen, kerajaan bakal kerugian berbilion ringgit dan keuntungan tersebut bakal dikuasai sepenuhnya oleh penganjur perjudian haram tersebut. Dan menurut mereka, penganjur perjudian haram itu jugalah yang mendominasi aktiviti -aktiviti negatif seperti kongsi gelap, pelacuran, along, cetak rompak dan sebagainya. Pada mereka, keuntungan yang bakal diperolehi boleh dibelanjakan untuk kepentingan rakyat.

Pada hemat saya, jikalau itulah alasan dan logika yang digunakan, pada masa yang sama kerajaan juga perlu meluluskan rumah pelacuran, rumah urut, kasino dan sebagainya. Kerajaan juga boleh berkongsi laba dan mengelakkan puak -puak kongsi gelap memonopoli segalanya. Dan jangan lupa pula satu lagi, lesen senjata api.

Logika mudah bagi mereka, lesen bermakna wang masuk untuk kerajaan, boleh digunakan untuk rakyat dan mudah untuk kerajaan mengawalnya.

Selain daripada itu, mereka juga mendakwa bahawa kempen anti perjudian bolasepak daripada pihak pembangkang hanya bermotifkan politik. Bukan untuk kepentingan rakyat dan negara. Ini juga logika yang dangkal. Apa sahaja isu yang dibawa oleh pembangkang, samada menguntungkan rakyat atau tidak, ianya bersifat politik pada mata mereka. Harus diingat, yang bersuara itu ahli politik. Maka harusnya ahli politik itu kerjanya hanya perlu diam? Kalau yang bersuara itu PAS, PKR dan DAP maka ia hanya bersifat politik semata -mata. Kalau mereka berlambang dacing, makanya mereka itu Juara Rakyat.. Stupid!

Tuesday, June 15, 2010

World Cup 2010 - Day 4


Day 4: Goal Dry

After 11 games, the goals tally chalked up 18 goals and average of 1.64 goals per game. Statistically speaking, it's quiet dire and unimpressive.

But in my opinion it's about game evolution. These days, smaller teams knew how to defend well. Dicipline and tactical are very much emphasized in their game plan. They studied their opponent and even the very much flair player like Lionel Messi is struggling. Passing game are luxury, only suit for certain teams like Spain and Holland.

We can see how Japanese and Korean win their game. They organize their defense very well and choke their opponent attacking even they don't have an edge in physical aspect (strength and size).

Brazil, Spain and Portugal not start their campaign yet. So, I'm very count on them to produce their magic and make this tournament much more exciting!

Sunday, June 13, 2010

World Cup 2010 - Day 2

Day 2: Vuvuzela

I've watched all 5 games so far, never missed a minutes. Korea Rep vs Greece and England vs USA are quiet enjoyable, and both games produced an upset results.

But the most annoyance things so far, a sound of Vuvuzela through out of matches. In opening match, I've no problem to dealt and bear with the noise considering its a home nation match. But after couple of games, the tune are getting very annoying. Sound like a million of bees.

There's no tune or rhythm, commentators voice sunk, and the noise took out 'normal noise' of football match. Whether its goals cheer, crowd booing, or clapping for appreciation, all of these noise are simply unheard. 

Okay, they called it part of African football culture. We can't take away of that. But in my honest opinion, it's plain annoying.


Friday, June 11, 2010

Jamila Dan Sang Presiden


Jamila Dan Sang Presiden merupakan filem kritik sosial dari negara seberang Indonesia.

Ia menceritakan kisah seorang pelacur bernama Jamila yang dituduh membunuh seorang menteri kabinet. Kesnya mendapat liputan meluas masyarakat. Sebahagian masyarakat menanggapnya sebagai mangsa keadaan manakala kerajaan memberi tekanan supaya Jamila dihukum mati. Presiden Indonesia dikaitkan di sini kerana beliau mempunyai autoriti untuk memberi pengampunan kepada Jamila sekiranya mahkamah mendapati Jamila bersalah dan dihukum mati.

Filem ini mengenengahkan isu penyeludupan manusia (human -trafficking) dan pelacuran di bawah umur di Indonesia, serta peranan ahli poiltik ulama dan ahli masyarakat.

Secara keseluruhannya, ia merupakan filem sederhana. Apa yang menarik perhatian penulis adalah, filem kritik sosial sebegini jarang mendapat tempat di dalam masyarakat Malaysia. Masyarkat kita lebih gemarkan filem picisan bertemakan cinta, seram dan jenaka.

Thursday, June 10, 2010

Bisnes Rangkaian - Webucation

Malam tadi aku berpeluang mendengar prebiu program XXX (dirahsiakan buat sementara waktu) di Bukit Tinggi, Klang.

Aku bukanlah peminat kepada skim perniagaan MLM, perniagaan rangkaian atau yang seumpama dengannya. Aku pernah menyertai beberapa skim tetapi tidak istiqamah hanya selepas beberapa minggu. Aku tidak pernah berfikir yang aku seorang jurujual yang baik (alasan orang yang bersifat agak negatif)

Namun XXX memancarkan sedikit minat aku terhadap perniagaan sebegini. Memanglah kisah benar (atau mistikal) mengenai kejayaan atau perolehan laba daripada usaha individu yang telah berjaya akan sentiasa merangsang sesiapa sahaja. Siapa tidak mahu pendapatan RM 30 - 40 ribu sebulan? Siapa tidak mahu berniaga dalam tempoh 2 tahun dan berupaya mengumpul jumlah pendapatan mencecah jutaan ringgit? Usaha aku bekerja selepas beberapa tahun ini dan penat -jerih belajar di menara gading seolah -olah jenaka jika dibandingkan perolehan mereka yang telah berjaya itu.

Apatah lagi yang berceramah malam tadi semuanya rata -rata berusia 22 - 26 tahun dan tidak mempunyai latar pendidikan yang baik. Agak ironi sebenarnya, jurujual Sistem E -Pendidikan hanya berkelulusan SPM sahaja. Bercakap soal produk yang boleh memacu kecemerlangan akademik, walhal mereka tidak secemerlang mana semasa berada di bangku sekolah. Aku tidak sama sekali memandang rendah kepada mereka, malah memberi kredit yang tinggi untuk mereka (atau sengaja di'drama'kan agar mereka yang tidak mempunyai latar belakang akademik yang baik pun boleh berjaya dalam skim ini)

Apa yang meransang aku adalah, aku berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Perisian dan mempunyai minat yang mendalam serta pengalaman dalam dunia pendidikan. Aku serba sedikit faham mengenai banyak perkara teknikal mengenai sistem komputer dan mempunyai pengalaman sebagai guru tuisyen selama beberapa tahun, seharusnya berada di saf hadapan dalam industri ini atau setidak -tidak boleh menikmati pendapatan yang baik (lumayan) daripadanya. Walaupun berasa ketinggalan keretapi (terlambat), bak kata orang putih, Better late than never!

Namun, aku tidaklah terlampau teruja untuk menyertainya dan mengambil sikap sedikit berhati -hati. Aku nampak kekurangan yang ada, dan sudah pasti kekuatan yang ada pada perniagaan sebegini. Untuk beberapa hari ini, aku akan mengkaji produk tersebut sebelum mengambil apa -apa tindakan susulan. Aku harap ini merupakan pengalaman yang akan mengubah hidup aku!

Invictus



Kejohanan Piala Dunia akan bermula esok dan aku memang tidak sabar lagi untuk menikmati pertandingan sukan yang paling mendapat tumpuan ini. Mungkin tidak banyak persamaan dan hubungan antara Piala Dunia dengan filem aku ingin ceritakan di sini, tetapi inspirasinya tetap sama.

Thursday, June 3, 2010

JDrama: Shinzanmono

Aku merupakan peminat setia Abe Hiroshi. Aku telah menonton kebanyakan hasil kerjanya, terutamanya drama -drama pasca tahun 2000. Hasil lakonannya yang paling aku ingati adalah dalam Drama Kekkon Dekinai Otoko (Unmarried Man) dan juga Dragon Zakura.

Shinzanmono (Newcomer) merupakan drama terbarunya dan sedang ditayangkan di Jepun. Ketika rebiu ini ditulis, ia telah sampai ke episod ke 4.

Wednesday, June 2, 2010

World Cup 2010


Hopes And Expectations


The World Cup fever are coming on. The broadcast schedule looked fine for me, though circle of sleep will be disturb. Early kick -offs at around 8pm and late kick -offs (major games) at around 2 am.

This list will roughly sum up my hope and expectation on this event.

Teams I want to see them to do well:
England.
Follow by Netherland, Portugal, all African Teams, and all Asian Teams except Australia.

Teams I want see them had a bad tournament:
Spain, Argentina, France, Italy, Germany, USA.

Players I want to watch closely:
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Javier Hernandez, Yoann Gourcuff, Marek Hamsik

Most exciting group:
Group G (Brazil, Portugal, Ivory Coast, North Korea)
Follow by Group A (South Africa, Mexico, Uruguay, France) and Group D (Germany, Ghana, Serbia, Australia)

Surprise Packages /Possible Dark Horses:
Serbia, North Korea, Denmark.

Expected Semi Finalist:
Brazil, Argentina, England, Spain.

Golden Boot Winner Nominees
David Villa, Wayne Rooney, Luis Fabiano, Ronaldo.

Golden Ball Nominees
Xavi Hernandez, Lionel Messi, Lucio, Wayne Rooney

Other hopes:
  • No referee blunder cost a significant result particularly in big games.
  • No injury and suspension to major player in latter stage of tournament.
  • Not many penalty shoot out to determine a winner.
  • Deserved World Cup and Golden Boot winner.
  • More comical /memorable moments like Rivaldo in World Cup 2002 (he fake an injury in Brazil - Turkey match), or Zidane headbutted Materazzi in 2006.
  • No United players had terrible injury (broken bones or something need a surgery)
  • No terrorist /hooligans act and threat.
  • I didn't miss any games (especially last 16)

Tuesday, June 1, 2010

Mesej Dari LL4G - Malaysia (3)


Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa kelmarin.
  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
  8. Dr Selamat bin Aliman,  Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

Dipetik dari laman sesawang http://www.lifeline4gaza.org/

Monday, May 31, 2010

Mesej Dari LL4G - Malaysia (2)

 Kapal Mavi Marmara

SMS yang baru di terima:

"Hanya Pak Jamal sahaja wakil dari Yayasan Amal yang berada di dalam Mavi Marmara (kapal yang diserang Israel semalam). Sukarelawan yang terlibat adalah daripada Yayasan Amal, HALUAN Palestin, Muslim Care dan Pemuda Masjid. Keseluruhannya, 8 orang rakyat Malaysia (6 sukarelawan dan 2 wartawan) berada di dalam kapal tersebut. 16 orang telah syahid dan kapal tersebut telah ditunda ke Pelabuhan Haifa dan penumpangnya akan ditahan oleh pihak berkuasa Israel" SMS daripada YB Dr Abd Rani Osman

Kenyataan berkaitan 2 hari yang lalu:

Menurut pegawai kanan Insani Yardim Vakfi (IHH), Guldan Sonmez, Kapal Mavi Marmara berada di Laut Mediterranean sejak hari Jumaat lalu kerana terpaksa menunggu ketibaan kapal-kapal lain yang akan bergabung menyertai konvoi ini. Kapal terakhir tiba daripada Cyprus pada jam 1:30 pagi tadi. Kapal ini membawa angota-anggota parlimen Eropah, termasuk daripada Jerman dan Sweden.

Pihak berkuasa Cyprus mengenakan pelbagai kerenah birokrasi bagi menyukarkan pergerakan angota-anggota parlimen tersebut. Mereka terpaksa menukar laluan ke daerah Cyprus yang dikuasai Turki untuk menaiki kapal menuju ke tempat di mana kapal Mavi Marmara sedang menunggu.

Sembilan buah kapal dijadualkan menyertai konvoi ini. Walaubagaimanapun, dua buah kapal terpaksa membatalkan pelayaran, dipercayai akibat sabotaj. Dua buah kapal daripada Greece tersebut telahpun diperiksa dan disahkan layak untuk mengikuti pelayaran. (dipetik daripada Laman Web http://www.lifeline4gaza.org/)

Segala perkembangan berkaitan boleh diikuti di laman web tersebut dan di Astro Awani (CH 501)

Sunday, May 30, 2010

Mesej Dari LL4G - Malaysia


Delegasi LL4G - Malaysia ketika di Istanbul, Turki (19 Mei 2010)

"Kami sedang berada di perairan Gaza, dalam jam 04:30 petang waktu Malaysia. Kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah untuk menjaga keselamatan konvoi. Dijangkakan Komando Israel akan turun ke kapal dan cuba merampas kapal konvoi tersebut. Mohon doa' dan solat hajat dari semua"
Tuan Haji Noor Azman Mohd Samsuddin


LL4G - Lifeline For Gaza adalah kumpulan sukarelawan gabungan beberapa NGO di Malaysia yang bekerjasama dengan beberapa gerakan seperti Free Gaza Movement (Cyprus), IHH (Turki), MERC dan Kispa (Indonesia), dan beberapa lagi rakan NGO dari AS, Greece, Perancis, Sweden, Jerman, Itali, Venezuella dan sebagainya. Objektif utamanya adalah untuk menamatkan pengepungan dan penaklukan rejim Israel ke atas negara merdeka Palestin di samping menyalurkan segala bentuk bantuan yang mampu disalurkan kepada rakyat Palestin.

Antara NGO Malaysia yang terlibat adalah:
  • Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
  • Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
  • Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  • HALUAN Palestin
  • Palestinian Center of Excellence (PACE)
  • Aqsa Syarif
  • Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
  • Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  • Viva Palestina Malaysia (VPM)
  • Global Peace Mission
  • Muslim Care
  • Yayasan Amal Malaysia
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.lifeline4gaza.org/

Saturday, May 29, 2010

Lost - Finale

Seminggu yang lalu, aku telah melengkapkan tontonan Drama bersiri Lost (Episod ke 16-17, Musim ke 6)

Drama bersiri ini merupakan drama bersiri yang paling menuntut 'komitmen' aku, dengan waktu tontonan keseluruhan lebih daripada 120 jam. Ia menjadi fenomena di serata dunia, dengan bajet yang amat tinggi di samping bilangan pelakon utama yang paling ramai pernah dicatatkan dalam sesuatu produksi.