Hari ini bermulanya kejohanan paling berprestij dalam dunia badminton, Piala Thomas dan Uber 2010 di Stadium Putra. Kedua -dua piala ini merupakan lambang supremasi dalam dunia badminton berpasukan lelaki dan wanita.
Bagi pasukan negara kita, inilah adalah peluang yang terbaik untuk membawa pulang Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1992. Saya masih mengingati dengan jelas kejohanan tersebut, terutamanya malam kemenangan itu. Pasangan Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang merejam mata kemenangan untuk menamatkan kemarau kemenangan selepas 25 tahun. Saya dan rakan -rakan dilanda demam badminton beberapa bulan selepas itu. Boleh dikatakan setiap hari bermain badminton, dan kami juga mengambil inisiatif mengadakan pertandingan dengan format Piala Thomas, pertandingan persahabatan menentang rakan -rakan dari kelas lain.
Skuad Piala Thomas dan sebahagian besar rakyat Malaysia mensasarkan kejuaraan sebagai matlamat utama. Tetapi, realitinya itu adalah tugas yang amat sukar. China dilihat berada dalam kelas yang berbeza, manakala 3 negara lain seperti Denmark, Korea, dan Indonesia boleh dikatakan sama taraf dengan Malaysia. Oleh kerana format dan sistem undian kali ini agak berbeza, dimana sistem undian semula diadakan untuk peringkat Suku Akhir, laluan kita ke Akhir masih lagi tidak dapat dijangka. Diharapkan kita dapat mengelakkan lawan dari Kumpulan A (China /Korea), dan juga sekali lagi China di Separuh Akhir. Namun kita juga harus berasa optimis kerana ketika tahun 1992 juga, skuad negara bukanlah pasukan pilihan dan umum lebih memilih China dan Indonesia sebagai pilihan utama. Asalkan Lee Chong Wei dan Tan Boon Heong-Koo Kien Keat berjaya memperoleh mata untuk Malaysia, peluang untuk menumbangkan mana -mana pasukan amat cerah.
Bagi Skuad Piala Uber pula, persiapan kali ini agak terganggu kerana 2 orang perseorangan pilihan ke 2 dan ke 3 dilanda kecederaan. Peluang nampak sulit, tetapi sasaran untuk mara hingga ke separuh akhir masih realistik.
Malaysia Boleh!
No comments:
Post a Comment