Saturday, September 18, 2010

Four Lions [2010]

Pengebom berani mati memang sering dikaitkan dengan penganut Islam. Kali ini, filem keluaran Britain ini mengambarkannya dalam bentuk satira.

Four Lions mengisahkan dua beradik warga Britain berbangsa Pakistan yang yang begitu teruja untuk menjadi pejuang jihad. Mereka bersemangat sehingga sanggup terbang ke Pakistan untuk menyertai latihan militan. Namun latihan mereka itu menemui kegagalan, lalu mereka pulang semula ke Britain.

Sekembalinya, mereka telah membawa mesej palsu kepada rakan -rakan mereka bahawa mereka telah diarahkan untuk melakukan pengeboman di Bandar London. Rancangan mereka itu berjalan dalam keadaan kelam -kabut dek kerana kekurangan pengalaman dan kebijaksanaan.

Saya tidak begitu pasti samada filem ini ingin menyampaikan mesej negatif yang tersirat untuk mengecam Islam. Watak -watak Islam digambarkan di sini sebagai bodoh -bodoh alang, taklik buta, dan ortodoks (sekumpulan ahli fahaman Sufism turut dipotretkan di dalam filem ini)

Dari segi positifnya, filem ini menggambarkan bahawa perlaksanaan agenda keganasan seperti pengeboman berani mati bukanlah semestinya datang dari organisasi Islam. Ia hanyalah hasil inisiatif mereka yang 'bodoh' dan tidak memahami Islam dengan sebaiknya.

Dari satu sudut, filem ini memang tampak begitu humor dan menghiburkan. Tetapi secara jujurnya, saya tidak sanggup mentertawakan jenakanya.


No comments:

Post a Comment