Wednesday, June 22, 2011

The Killing [2011]

Title> The Killing
Producing Nation> US
Aired Dates> April - June 2011 (US)
Genre> Crime Series
Number of Episodes> 13
Channel> AMC (US)

I've watched The Finale of The Killing last night. The Finale are bit disappointing, but overall The Killing are very good series.

The basic are bit cliche, (teenage girl found dead, numbers of suspects appeared one by one, red herrings one after another, corrupted politician, etc)

But how they build up the investigation are nice and tense. Slow paced, every episode based on single day of investigation. No high tech investigation tools stuff like CSI, just conservative and old schools police methods, made it more realistic.

The series will be renewal for 2nd season. Definitely one of the best US TV Series I watched this year.

Monday, June 20, 2011

Kerajaan Mula Tapis Internet?

Ini bukan cerita baru, sudah hampir 3 minggu yang lalu beberapa laman web yang kebanyakkannya menyediakan perkhidmatan hosting percuma telah disekat melalui SKMM. Ia juga dikaitkan dengan tindakbalas sekumpulan penggodam yang cuba menceroboh laman web milik kerajaan.

Berikut adalah senarai laman web yang telah disekat:
  • www.warez-bb.org
  • thepiratebay.org
  • www.movie2k.to
  • www.megavideo.com
  • www.putlocker.com
  • www.depositfiles.com
  • www.duckload.com
  • www.fileserve.com
  • www.megaupload.com
Namun begitu, ada cara untuk melepasi sekatan ini (saya tidak berminat untuk berkongsi kaedah ini. Hints : Setup your alternative DNS)

Jadi, adakah ini permulaan sekatan Internet oleh kerajaan? (Saya tidak berpendapat ianya tindakan yang baik atau tidak kerana terlalu banyak pro dan kontranya. Tetapi buat masa ini, saya kurang selesa dengan keadaan ini)

Monday, June 13, 2011

Ketika Cinta Bertasbih - TV Al Hijrah


Ketika Cinta Bertasbih 1
>14 Jun 2011 ; Selasa ; 08:30 malam ; TV Al Hijrah (Astro 114)

Ketika Cinta Bertasbih 2
>21 Jun 2011 ; Selasa ; 08:30 malam ; TV Al Hijrah (Astro 114)

Filem duologi ini bukanlah filem yang sangat baik kalau dinilai dari aspek perfileman. Skripnya agak longgar, para pelakon dilihat sangat amatur, adaptasi yang lemah daripada teks novel, dan sebagainya. Banyak sub -plot yang mengelirukan /tidak diperlukan.

Namun, jika dinilai daripada nilai hiburan yang Islamik, ia tetap harus dipuji dan menghiburkan. Semoga Stesen TV Al Hijrah akan terus menghidangkan filem -filem sebegini pada masa akan datang.

Negara Islam Vs Negara Kebajikan

Media pro -kerajaan tatkala ini memainkan isu (selain dari isu -isu lain) bahawa PAS telah mula berubah, daripada dasarnya untuk menubuhkan sebuah 'negara Islam', kepada 'negara berkebajikan'.

Sebagai seorang ahli PAS, saya memang mengakui bahawa terdapat sedikit hala tuju perjuangan PAS kini berbanding dengan zaman 80-an dan 90-an. Diakui bahawa saya mula -mula tertarik dengan PAS (ketika remaja dahulu), terma -terma seperti negara Islam, hukum hudud dan sebagainya adalah sebab utama mengapa saya menyertai PAS. Diakui juga, ia ditambah dengan cetusan rasa memberontak, sentimen membangkang anak muda walaupun saya masih kurang jelas dengan maksud terma -terma tersebut. Dengan sedikit perubahan masa, kematangan pemikiran, bertambah sedikit ilmu pengetahuan dan pemahaman, saya tetap yakin dengan perjuangan PAS.

Pada pemahaman mudah saya, negara berkebajikan adalah salah satu ciri kepada negara Islam. Jadi dengan mencapai ciri tersebut, langkah menuju kepada matlamat asal (negara Islam) telah semakin dekat.

Soal dakwaan BN juga telah lama memperjuangkan negara berkebajikan, saya mungkin juga bersetuju. Soal meniru tidak timbul. Apa salahnya kita meniru perkara yang baik? Soalnya sekarang, PAS bersama PR ingin menawarkan 'versi' negara berkebajikan yang lebih baik. Dan sebagai rakyat, kita harus bergembira kerana kedua -dua pihak mahu menjadi juara dalam soal kebajikan rakyat.

PAS kini dikuasai golongan profesional? Itu cuma andaian kosong dan salah. Pada saya, Ulama agama yang berpendidikan tinggi /formal adalah golongan profesional manakala golongan yang dikatakan profesional jika mereka menguasai ilmu agama boleh mencapai tahap Ulama.

PAS telah berubah? Ya, mungkin. Apa salahnya berubah untuk kebaikan. Yang menjadi masalah adalah mereka yang berubah daripada baik ke kurang baik, ataupun mereka yang terus kekal ditakuk lama.

Jadi ini bukan isu bagi saya kerana politik Islam itu sentiasa bersifat dinamik. Diakui bahawa PAS /PR bukanlah pilihan sempurna beranding UMNO /BN. Ada banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Tetapi ia tetap pilihan yang lebih baik untuk pilihanraya akan datang, kerana macam mana pun kita perlu memangkah undi.

Wednesday, June 1, 2011

TV Al Hijrah - On Astro Channel 114 Now

Starting June 1, Malaysia's first Islamic television channel, TV Al Hijrah, will be made available on Astro's Channel 114.

Other programmes that would be introduced beginning June 1 were "Madrasah Al Hijrah", "Refleksi", and "Khidmat Syariah"
With a slogan of "Segalanya Bermula Di Sini", 60 per cent of TV Al Hijrah's content were locally produced, while the other 40 per cent were imported.