Wednesday, May 4, 2011

Miral [2011] - Rebiu


Miral merupakan filem biografi-politik yang berlatarbelakangkan pergolakan politik di Israel-Palestin. Terbitan bersama syarikat Perancis-Israel-India dan berdasarkan novel tulisan Rula Jebreal.

Kisah bermula dengan pengistiharan negara Israel pada tahun 1948 sehinggalah tahun 1993 di mana Perjanjian Damai Oslo ditandatangani (tetapi masih dicabuli sehingga hari ini)

Ia berkisar kepada 4 watak wanita yang tabah mengharungi penderitaan dan perjuangan meneruskan kehidupan di celah -celah pergolakan tersebut.

Hind al -Husseini (tokoh nyata)
Wanita gigih yang menyelamatkan 55 orang kanak -kanak Palestin yang terselamat daripada pembunuhan beramai -ramai pada hari pendudukan Israel (Deir Yassin Massacre) pada tahun 1948. Beliau mengembangkan tempat perlindungan tersebut sehingga mampu menampung sehingga 2000 orang kanak -kanak dan ia dikenali sebagai Institut Dar Al-Tifel.

Miral (nama sebenar di dunia nyata adalah Rula Jebreal)
Lahir pada tahun 1971 dan dihantar oleh bapanya ke Institut Dar Al-Tifel. Pada tahun 1988, beliau dihantar untuk mengajar di kem pelarian rakyat Palestin. Terkejut dengan kezaliman tentera Israel yang merobohkan kem tersebut, beliau terperangkap dengan ideologi Intifadah dan kepercayaan Hind al -Husseini yang yakin bahawa pendidikan adalah jalan unggul untuk mencapai kedamaian. Rula Jebreal hari ini adalah seorang wartawan di Itali (naturalized).

Nadia
Ibu kepada Miral. Dia dirogol oleh ayah tirinya ketika masih remaja dan nekad melarikan diri dari rumah. Terpaksa bekerja sebagai belly dancer dan kemudiannya dipenjara 6 bulan kerana menyerang seorang awam yang menghinanya. Apabila dibebaskan, dia berkahwin dan melahirkan Miral (anak luar nikah kerana dia melacur). Akhirnya, dia membunuh diri.

Fatima
Ibu Saudara kepada Miral, kakak kepada bapanya. Seorang jururawat yang dipecat kerana membantu tentera pembebasan Palestin melarikan diri dari tahanan hospital. Dia menyertai gerakan pembebasan dan ditahan ketika cuba meletupkan sebuah panggung wayang. Dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup 3 kali (3 life sentence) dan berkenalan dengan Nadia ketika di penjara.

Walaupun ia bukan diterbitkan oleh penerbitan Islam, ia tetap memberikan perspektif yang adil (tidak sepenuhnya) terhadap penderitaan rakyat Palestin. Sedikit sebanyak ia memberi gambaran dalaman (insight view) apa sebenarnya berlaku di sana. Mungkin sedikit kritikan yang boleh diberikan adalah gambaran akhlak kurang baik watak Islam (merogol anak tiri, belly dancer, tidak menutup aurat, membunuh diri, mengebom orang awam, dll), dan juga penggunaan dialog Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan utama (kurang dialog dalam Bahasa Arab atau Hebrew)

No comments:

Post a Comment