Monday, May 9, 2011

Filem Dalam Mihrab Cinta [2010] - Rebiu

Tajuk> Dalam Mihrab Cinta
Negara Penerbit> Indonesia
Tarikh Keluaran> Disember 2010
Genre> Dakwah-Romantis-Drama


Baru menontonnya semalam.

Saya tidak memberi harapan yang terlalu tinggi buat filem ini kerana seperti biasanya, novel amat sukar diterjemahkan kepada filem yang baik. Tiada unsur kejutan dapat digarapkan kerana susur ceritanya telah diketahui. Hanya kualiti lakonan dan pemilihan /susunan plot yang baik boleh menyelamatkan keadaan.

45 minit pertama agak baik, tetapi selebihnya ia berkembang agak pantas. Saya fikir penonton yang tidak membaca novel akan tertanya -tanya beberapa persoalan.

Secara keseluruhannya ia hanyalah karya yang sederhana sahaja. Namun Kang Abik jelas telah memberikan usaha yang total untuk menjadikan filem ini sebuah filem dakwah, disamping menjadikan biah dalam industri filem menjadi lebih Islamik (pelakon lelaki-wanita bukan mahram tidak berpegangan tangan, pakaian muslimah yang sempurna, dll)

No comments:

Post a Comment