Saya fikir ini merupakan topik yang paling hangat diperkatakan oleh umum dan juga media massa sejak kebelakangan ini. Agak memalukan kerana ia membabitkan seorang pemimpin kanan yang beragama Islam. Sneak preview video tersebut boleh didapati dan ditonton oleh umum di internet.
Media arus perdana yang dikuasai oleh orang Muslim pula seolah -olah 'berpesta' dan memberi fokus hampir 100% untuk memburukkan individu tersebut. Saya memahami tindakan tersebut kerana inilah masanya untuk 'memulangkan paku buah keras' dan meneruskan agenda ahli lembaga pengarah mereka. Kebebasan untuk memberi maklumat kepada umum, rakyat berhak tahu, berita sensasi atau apa sahaja alasan.
Setelah mengamati video tersebut, dari kacamata saya itu hanyalah kes 'pelanduk dua serupa'. Tiada siapa boleh mengesahkan itu adalah DSAI, dan pada masa yang sama tiada siapa boleh menafikannya secara 100% kecuali orang empunya badan. Kalau dibawa pakar video dari AS pun, saya yakin mereka tidak mampu mengesahkannya sama ada ia tulen (itu adalah DSAI) atau sebaliknya. Melainkan mereka mempunyai akses penuh untuk menganalisis tubuh badan DSAI dan membandingkannya dengan aktor tersebut.
Pada ramalan saya, 'drama' ini akan berakhir dengan pengakhiran terbuka (open -ended ending). PDRM atau Suruhanjaya Diraja (jika dibentuk) tidak akan mencapai sebarang konklusi. Trio Datuk T (Penyebaran bahan lucah) dan DSAI (Jenayah Syariah) tidak akan didakwa. Rahsia atau konspirasi ini tidak akan terdedah dan pengikut setia akan terus percaya dengan apa yang mereka percaya selama ini. Orang ramai akan melupakannya kerana memikirkan isu lain yang lebih mendesak. Wallahu A'lam..