Wednesday, October 12, 2011

Nasi Lemak 2.0 [2011]

 Filem ini dianggap kontroversi hanya kerana ia dihasilkan oleh seorang individu yang kontroversi, Namewee. Saya cuba menontonnya dari perspektif berbeza, mengasingkannya daripada reputasi Namewee yang dianggap rasis dan pernah menghina lagu Negaraku.

Filem komedi ini sarat dengan sindiran sinis terhadap ahli politik, sentimen perkauman dan masyarakat secara amnya. Ia menggunakan sekitar 75% Bahasa Mandarin dan selebihnya Bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris. Jujurnya, komedinya mungkin tidak berapa saya fahami kerana terpaksa menggunakan sarikata.

Keseluruhannya, ia merupakan sebuah filem komedi yang sederhana. Cuma ada banyak adegan yang bagi saya mungkin tidak relevan dengan jalan cerita (atau mungkin saya tidak nampak kerelevanannya).

Saya mungkin tidak suka dengan gaya penyampaian Namewee, tetapi bagi saya filem kritik sosial dan provokatif sebegini harus lebih banyak diterbitkan oleh penerbit filem tempatan. Malah, berani saya katakan bahawa filem ini 'lebih mempunyai pemikiran' berbanding dengan kebanyakan filem Melayu masakini.

No comments:

Post a Comment