Wednesday, May 4, 2011

Miral [2011] - Rebiu


Miral merupakan filem biografi-politik yang berlatarbelakangkan pergolakan politik di Israel-Palestin. Terbitan bersama syarikat Perancis-Israel-India dan berdasarkan novel tulisan Rula Jebreal.

Kisah bermula dengan pengistiharan negara Israel pada tahun 1948 sehinggalah tahun 1993 di mana Perjanjian Damai Oslo ditandatangani (tetapi masih dicabuli sehingga hari ini)

Ia berkisar kepada 4 watak wanita yang tabah mengharungi penderitaan dan perjuangan meneruskan kehidupan di celah -celah pergolakan tersebut.

Hind al -Husseini (tokoh nyata)
Wanita gigih yang menyelamatkan 55 orang kanak -kanak Palestin yang terselamat daripada pembunuhan beramai -ramai pada hari pendudukan Israel (Deir Yassin Massacre) pada tahun 1948. Beliau mengembangkan tempat perlindungan tersebut sehingga mampu menampung sehingga 2000 orang kanak -kanak dan ia dikenali sebagai Institut Dar Al-Tifel.

Miral (nama sebenar di dunia nyata adalah Rula Jebreal)
Lahir pada tahun 1971 dan dihantar oleh bapanya ke Institut Dar Al-Tifel. Pada tahun 1988, beliau dihantar untuk mengajar di kem pelarian rakyat Palestin. Terkejut dengan kezaliman tentera Israel yang merobohkan kem tersebut, beliau terperangkap dengan ideologi Intifadah dan kepercayaan Hind al -Husseini yang yakin bahawa pendidikan adalah jalan unggul untuk mencapai kedamaian. Rula Jebreal hari ini adalah seorang wartawan di Itali (naturalized).

Nadia
Ibu kepada Miral. Dia dirogol oleh ayah tirinya ketika masih remaja dan nekad melarikan diri dari rumah. Terpaksa bekerja sebagai belly dancer dan kemudiannya dipenjara 6 bulan kerana menyerang seorang awam yang menghinanya. Apabila dibebaskan, dia berkahwin dan melahirkan Miral (anak luar nikah kerana dia melacur). Akhirnya, dia membunuh diri.

Fatima
Ibu Saudara kepada Miral, kakak kepada bapanya. Seorang jururawat yang dipecat kerana membantu tentera pembebasan Palestin melarikan diri dari tahanan hospital. Dia menyertai gerakan pembebasan dan ditahan ketika cuba meletupkan sebuah panggung wayang. Dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup 3 kali (3 life sentence) dan berkenalan dengan Nadia ketika di penjara.

Walaupun ia bukan diterbitkan oleh penerbitan Islam, ia tetap memberikan perspektif yang adil (tidak sepenuhnya) terhadap penderitaan rakyat Palestin. Sedikit sebanyak ia memberi gambaran dalaman (insight view) apa sebenarnya berlaku di sana. Mungkin sedikit kritikan yang boleh diberikan adalah gambaran akhlak kurang baik watak Islam (merogol anak tiri, belly dancer, tidak menutup aurat, membunuh diri, mengebom orang awam, dll), dan juga penggunaan dialog Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan utama (kurang dialog dalam Bahasa Arab atau Hebrew)

Friday, April 22, 2011

Jin 2 [2011]

I'm really anticipate this drama. Was began last 17th April (Japan).

Talented young surgeon trapping in Edo Ages. He practice his medical skills, improvise its due to poor technology.

Looking forward to enjoy this one.

Monday, April 18, 2011

Defamation [2009]

Defamation merupakan sebuah filem dokumentari yang mengulas mengenai sentimen Anti -Semitism (anti -Yahudi) dikalangan masyarakat dunia (terutamanya di AS dan Eropah). Ia dibikin oleh seorang pembikin filem Yahudi warga Israel, Yoav Shamir. Beliau mendakwa beliau sendiri tidak pernah mengalami sentimen Anti -Semitism.

Antara perkara -perkara yang menarik perhatian saya dalam dokumentari ini (bukan perkara 'menarik', cuma ia suatu perkara baru yang saya fahami):
  • Anak -anak Yahudi Israel telah diasuh dengan mentaliti "We're the special ones, that's why the world are against us" dan "Don't forget, Don't forgive" (merujuk kepada peristiwa Hollocaust oleh rejim Nazi). Dan apabila ditanya mengenai mengenai nasib anak -anak Palestin yang diperlakukan oleh tentera Israel, mereka menjawab dengan selamba yang generasi tua mereka telah diperlakukan lebih teruk suatu ketika dahulu (Hollocaust). Jadi apa yang berlaku di Tebing Gaza ketika ini hanyalah perkara kecil sahaja.
  • Sebuah badan NGO yang beroperasi di AS, Anti -Defamation League (ADL) berperanan aktif untuk menangani isu Anti -Semitism di seluruh dunia. Ia beroperasi dengan bajet yang besar (dan disumbangkan oleh kerajaan Israel). Mereka kerap mengunjungi pemimpin politik yang berpengaruh di seluruh dunia bagi memanjangkan isu ini. Ia disifatkan oleh Yoav Shamir seperti taktik dalam permainan poker, bluffing (Membuatkan lawan bahawa kita mempunyai sesuatu, yang sebenarnya kita tidak ada. Dalam kes ini, membuatkan pemimpin -pemimpin politik itu percaya bahawa bangsa Yahudi sangat berkuasa, padahal tidak sepenuhnya betul)
  • ADL juga mendakwa gejala Anti -Semitism berlaku secara meluas di AS. Tetapi apabila ditanya oleh Yoav Shamir kes -kes nyata yang boleh dirujuk, wakil ADL gagal memberikan kes yang boleh dirujuk. Contoh kes yang diberikan kemudian hanyalah bersifat sangat kecil dan terpencil.
  • Orang Yahudi di seluruh dunia sentiasa menganggap negara Israel sebagai anak mereka atau sebagai polisi insurans. Ia perlu dilindungi kerana ia mungkin bakal menjadi pelindung mereka pada suatu hari nanti.
  • Sentimen Anti -Semitism hanyalah permainan propaganda media Israel (yang disebarluas oleh proksi -proksi mereka). Namun tidak dinafikan ia telah memberi kekuatan mental dan kepercayaan diri yang utuh kepada bangsa Yahudi itu sendiri.

(Rebiu ini ditulis bukan untuk mengangkat atau mencela bangsa Yahudi. Ia hanyalah rumusan dan pandangan saya mengenai dokumentari tersebut)

Friday, April 15, 2011

Konvensyen Kewangan Islam 2011

Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor akan mengadakan Konvensyen Kewangan Islam 2011 pada tarikh, masa dan lokasi berikut:

>07 Mei 2011 (Sabtu)
>08:00 pagi - 05:00 petang
>Dewan Seminar, Masjid Negeri Selangor, Shah Alam

Maklumat terperinci boleh dirujuk di laman web PUM Selangor

Friday, April 8, 2011

Tentang Video Seks DSAI

Saya fikir ini merupakan topik yang paling hangat diperkatakan oleh umum dan juga media massa sejak kebelakangan ini. Agak memalukan kerana ia membabitkan seorang pemimpin kanan yang beragama Islam. Sneak preview video tersebut boleh didapati dan ditonton oleh umum di internet.

Media arus perdana yang dikuasai oleh orang Muslim pula seolah -olah 'berpesta' dan memberi fokus hampir 100% untuk memburukkan individu tersebut. Saya memahami tindakan tersebut kerana inilah masanya untuk 'memulangkan paku buah keras' dan meneruskan agenda ahli lembaga pengarah mereka. Kebebasan untuk memberi maklumat kepada umum, rakyat berhak tahu, berita sensasi atau apa sahaja alasan.

Setelah mengamati video tersebut, dari kacamata saya itu hanyalah kes 'pelanduk dua serupa'. Tiada siapa boleh mengesahkan itu adalah DSAI, dan pada masa yang sama tiada siapa boleh menafikannya secara 100% kecuali orang empunya badan. Kalau dibawa pakar video dari AS pun, saya yakin mereka tidak mampu mengesahkannya sama ada ia tulen (itu adalah DSAI) atau sebaliknya. Melainkan mereka mempunyai akses penuh untuk menganalisis tubuh badan DSAI dan membandingkannya dengan aktor tersebut.

Pada ramalan saya, 'drama' ini akan berakhir dengan pengakhiran terbuka (open -ended ending). PDRM atau Suruhanjaya Diraja (jika dibentuk) tidak akan mencapai sebarang konklusi. Trio Datuk T (Penyebaran bahan lucah) dan DSAI (Jenayah Syariah) tidak akan didakwa. Rahsia atau konspirasi ini tidak akan terdedah dan pengikut setia akan terus percaya dengan apa yang mereka percaya selama ini. Orang ramai akan melupakannya kerana memikirkan isu lain yang lebih mendesak. Wallahu A'lam..