Friday, September 23, 2011

Curiosity [2011]


Curiosity merupakan program terbaharu Discovery Channel, mula disiarkan bermula 07 Ogos 2011. Setiap episod memfokuskan satu persoalan besar yang berkaitan dengan sains, teknologi dan kemasyarakatan. Yang membuat saya tertarik kepada siri ini adalah kerana ia memfokuskan topik -topik yang agak kontroversi disamping menampilkan selebriti terkenal sebagai hos jemputan untuk setiap episod.

Episode 1: "Did God Create the Universe?" Stephen Hawking

Stephen Hawking diakui antara ahli fizik yang paling genius yang masih hidup di zaman ini. Selami bagaimana pandangan pemikir genius (yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan) terhadap permulaan alam semesta disamping olahan beliau terhadap 'The Big Bang Theory'

Saya tidak bermaksud untuk mengajak atau mempromosikan pandangan beliau, tetapi ia merupakan tontonan yang membuka minda kita dan membuatkan kita lebih bersyukur terhadap diri kita ini. Kita pasti tidak segenius Hawking, tetapi kita ditakdirkan dilahirkan di dalam kelompok masyarakat yang sedia mempunyai akidah, iman dan Islam. Sesuatu yang tidak ditemui lagi oleh orang segenius Hawking.

2: Alien Invasion: Are We Ready? Michelle Rodriguez
3: Why Is Sex Fun? Maggie Gyllenhaal
4: Titanic: What Sank Titanic? Bill Paxton
5: Parallel Universes - Are They Real? Morgan Freeman
6: What's Beneath America? Martin Sheen
7: How the World Might End? Samuel L. Jackson
8: What Destroyed Atlantis?
9: What Drugs Do To Our Bodies? Robin Williams
10: What Really Lies Beneath Egypt? Brendan Fraser
11: Testing the Nature of Evil. Eli Roth
12: Will Living As a Primitive Cavemen Improve Our Health? Morgan Spurlock
13: Can We Really Live Forever? Adam Savage
14: Hidden Live Organisms That Call Our Bodies Home. Mike Rowe

Setiap episod bakal menyentuh perkara yang sensitif dan mungkin 'agak mengarut' bagi majoriti pemikiran kita. Tapi ia merupakan suatu perspektif baru yang perlu dilihat secara positif, tetapi pastinya tidak boleh diterima bulat -bulat walaupun ia disokong oleh saintis dan institut tersohor dunia.

Thursday, September 22, 2011

TV Series (US September 2011)

Numbers of possibly new great series, and old series resume this month. And all will be under my watch:

Old series:
Boardwalk Empire S2 (26/09/2011)
Modern Family S3 (22/09/2011)
Raising Hope S2 (21/09/2011)
The Big Bang Theory S5 (23/09/2011)
The Office S8 (23/09/2011)


New Series, possibly good or not. Just will give a try:

Pan Am (25/09/2011)
Revenge (22/09/2011)
Terra Nova (26/09/2011)
The Playboy Club (19/09/2011)
Unforgettable (21/09/2011)

The Valley Of The Wolves / Kurtlar Vadisi Filistin [2011]


Filem ini mengisahkan sekumpulan kecil pasukan tentera elit Turki yang menyeludup masuk ke Gaza. Tujuan mereka adalah untuk membalas dendam atas serangan tentera Israel yang menyerang misi bantuan (diinspirasikan daripada peristiwa benar pada tahun 2010). Misi utama mereka adalah untuk membunuh seorang jeneral tentera Israel disamping membantu perjuangan penduduk setempat.

Dari sudut perfileman, saya menganggap ia merupakan sebuah filem yang gagal. Ia hanya dipenuhi dengan adegan aksi tembak menembak (yang kurang masuk akal). Tentera elit Turki itu beraksi hero ala -Rambo, manakala lawan mereka tentera Israel jelas tidak competent. Ia disulami sedikit dengan adegan menyentuh perasaan (tentera Israel yang galak merobohkan penempatan penduduk Palestin dan membunuh mereka sesuka hati).

Bagi masyarakat barat, golongan neutral dan bukan Islam, mungkin mereka akan melihat filem ini penuh dengan propaganda anti -Israel. Bagi saya, apa yang digambarkan mungkin berlaku, tetapi gambaran yang diberikan agak berlebih -lebihan dan mungkin juga bersifat fantasi. Skrip yang jelas lemah walaupun dikatakan disokong dengan bajet yang agak tinggi. Prop dan adegan tembak -menembak dilihat dilakukan dengan agak bersungguh -sungguh.

Namun, apa salahnya. Sekian lama kita disuap oleh filem aksi berunsur propaganda Israel /AS...

Monday, September 5, 2011

Mat Indera - Diiktiraf Antara 150 Tokoh Terpenting Johor

Nama Mat Indera, nama individu yang disebut -sebut oleh Mat Sabu rupa -rupanya merupakan antara 150 tokoh terpenting Negeri Johor, sebaris dengan tokoh -tokoh terpenting seperti Dato' Onn Jaafar, Tun Dr Ismail dan sebagainya. Fakta ini bersumberkan buku Pengukir Nama Johor, terbitan Yayasan Warisan Johor. Buku terbitan 2004 yang turut mengandungi alu -aluan daripada Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman. (Klik imej untuk paparan lebih jelas)

Laman Web Yayasan Warisan Johor (Buku tersebut bernilai RM 20)

Secara peribadi, saya melihat dan mendengar (sepenuhnya) pendapat Mat Sabu itu hanya sekadar pendapat peribadi beliau terhadap sejarah, yang kadang -kadang bersifat subjektif. Ilmu sejarah memang bersandarkan fakta, tetapi ianya sentiasa boleh dilihat dari perspektif dan persepsi yang berbeza. Keseluruhannya, isi ceramah beliau bukan 100% betul, malah bukan juga 100% salah.

Media arus perdana hanya mengkontroversikan isu ini, itu memang kerja mereka. Namun dari segi positifnya, rakyat marhaen seperti saya ini mungkin menjadi prihatin terhadap sejarah negara, boleh bersifat analatikal dan sebagainya. Terima kasih kepada Mat Sabu dan media yang mensensasikan isu ini.

Dan konco -konco Perkasa, UMNO dan pihak -pihak berkaitan boleh turut berdemontrasi di hadapan Pejabat Yayasan Warisan Johor kerana mereka mengiktiraf Mat Indera sebagai hero Negeri Johor.