Sunday, November 20, 2011

10 Tahun Sebelum Merdeka

Saksikan secara atas talian filem dokumentari pendek "10 Tahun Sebelum Merdeka" (berdurasi 35 minit ++), arahan Fahmi Reza dan hasil penerbitan Pusat KOMAS (www.komas.org)

Saksikannya di: http://vimeo.com/344899

Secara umumnya, filem ini berkisar kepada gabungan perjuangan kumpulan /parti yang dilabel berhaluan kiri AMCJA -Putera dalam menuntut kemerdekaan dari penjajah British kira -kira 10 tahun sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, perbandingan 'Perlembagaan Rakyat' yang didraf oleh gabungan tersebut berbanding 'Perlembagaan Federasi' yang didraf oleh UMNO dan Raja -raja Melayu, mogok Hari Hartal dan sebab sebenar British mengisytiharkan darurat pada tahun 1948.

Intepretasi saya terhadap filem dan fakta dipersembahkan (dengan menganggap tiada kesilapan dan penipuan fakta yang dipersembahkan dalam filem ini), perjuangan kemerdekaan sebenarnya bukan diketuai oleh UMNO, dan malah UMNO bukan hero sebenar kemerdekaan. Mereka dilihat hero (kerana mendapatkan kemerdekaan) kerana British lebih mempercayai dan lebih dekat dengan mereka. Malah agenda mereka pada tahun -tahun tersebut lebih untuk survival kaum Melayu dan Raja -raja Melayu, bukannya kemerdekaan Tanah Melayu.

Mengapa banyak perkara dalam filem ini 'dipadam' daripada buku teks sejarah di sekolah? Banyak perkara penting yang tidak pernah saya dengar (nota:subjek Sejarah tidak pernah menjadi subjek kegemaran saya, malah subjek yang paling saya ambil mudah dahulu)