Monday, August 30, 2010

Siti Inshah Mansor dan Namewee

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Siti Inshah Mansor sebelum ini dikatakan mengeluarkan kenyataan Pelajar Cina boleh pulang ke China dan menyamakan gelang keagamaan kaum India seperti rantai anjing ketika perhimpunan sekolah itu.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyatakan kenyataan itu yang didakwa bersifat perkauman hanyalah salah faham dan perkara itu telah diselesaikan.

Rentetan perkara tersebut, seorang pemuda Cina yang dikenali sebagai Namewee (yang pernah mencetuskan kontroversi dengan klip video Negarakuku dan TNB suatu ketika dahulu) telah menghasilkan sebuah klip video yang cukup provokatif, penuh dengan kata -kata kesat dan bersifat perkauman.

Pada hemat saya, kedua -dua individu ini bersalah dan bersifat perkauman melampau (dengan anggapan Siti Inshah benar berkata demikian). Siti Inshah mungkin mengeluarkan kenyataannya dalam bentuk yang 'lebih sopan', tetapi harus diingat ia dikeluarkan dalam satu perhimpunan rasmi dan terbuka yang dihadiri oleh guru dan pelajarnya yang berbilang kaum. Kita juga perlu mengambil kira bahawa beliau adalah kakitangan kerajaan yang berkedudukan agak tinggi, yang seharusnya boleh bertindak lebih rasional dan berintegriti.

Manakala Namewee hanyalah belia terpinggir yang mungkin kurang matang lagi (berego tinggi dan bodoh sombong), serta dia melakukannya dalam dunia siber. Tapi ini bukanlah satu pembelaan, lirik lagu beliau jelas melampaui batasan.

Bak kata pepatah Inggeris, Two wrongs doesn't make a right. Pada hemat saya, kedua -duanya bersalah atas apa alasan sekalipun. Pihak berkuasa harus menjalankan penyiasatan yang adil dan menghukum keduanya dengan sewajarnya. Masyarakat akan menilai dan menghakimi sebarang tindakan yang bakal diambil.

Paku Dulang Paku Serpih..

Ia berkaitan dengan isu semasa yang agak hangat diperkatakan mutakhir ini. Isu Ahli Politik DAP /bukan Islam yang memasuki masjid /surau. Mungkin isu -isu yang utamanya adalah:

  • Isu samada bukan Islam boleh atau tidak bukan Islam memasuki ruang solat di masjid /surau.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa :
"Pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang."
  • Isu penutupan aurat /tatacara bukan Islam memasuki ruang solat di masjid /surau.
Adakah pemimpin UMNO ini  (sebagai contoh isteri Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) menutup aurat sepenuhnya ketika memasuki ruang solat di masjid /surau?
  • Isu samada ahli politik boleh berucap /berpolitik di dalam masjid /surau.
Ahli politik DAP tersebut wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sah di negara kita. Di dalam konteks tersebut, apa bezanya mereka dengan mana -mana Menteri /MP /ADUN UMNO yang berucap /merasmikan majlis / menyampaikan sumbangan di dalam masjid /surau? Adakah mereka ini tidak dikira berpolitik?
  • Kemurkaan Sultan Selangor dan arahan JAIS /MAIS
Kemurkaan Allah lebih utama dan lebih besar daripada kemurkaan seorang manusia..

Dan nikmatilah klip video Youtube di bawah ini, bagaimana puak -puak UMNO ini mengimarahkan Surau Al Falah, Sekolah Kebangsaan Sijangkang pada 09 Mei 2010 sempena Karnival Juara Rakyat.

Sunday, August 29, 2010

Bukan Islam Memasuki Masjid /Surau

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid. Muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa :
 
Pelancong bukan Islam diharuskan memasuki Masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan senantiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimana pun perbuatan berdoa atau bertafakkur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan


Hari ini merupakan hari terakhir bulan Syaaban dan ini bermakna esok semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan mula menunaikan puasa bukan kesekian kalinya. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita semua menjadi umat dan individu yang lebih baik daripada sebelumnya, Amin..

Ramadhan, produktiviti kerja seharusnya lebih tinggi kerana pengurusan masa menjadi lebih tersusun.. Kurang makan, kurang bercakap, dll.. Tidur?

Sunday, August 1, 2010

Facebook dan Israel

Perkara ini telah diketahui umum bahawa pengasas laman sosial Facebook merupakan seorang Yahudi. Saya tidak berminat mengulas mengenainya lagi (kerana bagi saya ia sekadar isu kecil) tetapi sekadar memanjangkan satu perkara (isu kecil juga) berkaitan mengenainya.

Di dalam dunia pengaturcaraan komputer, ada satu terma yang dipanggil macros - merupakan satu sub aplikasi /automated code yang disertakan dalam sesuatu aplikasi /sistem.

(contoh mudah macros, dlm MS Word, huruf kecil yang kita taip pada setiap permulaan ayat akan bertukar menjadi huruf besar secara automatik)

Di Facebook, jika kita pos pada wall, status, note atau upload apa sahaja  yang mengandungi perkataan 'israel' (contohnya kita taip 'Hancur Israel!'), secara automatik kita akan menyertai satu kumpulan Facebook 'Israel' (http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts). Ia mungkin sekadar satu 'lawak nakal' yang cuba dilakukan oleh pemilik Facebook.. Anda tafsirkan sendiri..