Monday, May 31, 2010

Mesej Dari LL4G - Malaysia (2)

 Kapal Mavi Marmara

SMS yang baru di terima:

"Hanya Pak Jamal sahaja wakil dari Yayasan Amal yang berada di dalam Mavi Marmara (kapal yang diserang Israel semalam). Sukarelawan yang terlibat adalah daripada Yayasan Amal, HALUAN Palestin, Muslim Care dan Pemuda Masjid. Keseluruhannya, 8 orang rakyat Malaysia (6 sukarelawan dan 2 wartawan) berada di dalam kapal tersebut. 16 orang telah syahid dan kapal tersebut telah ditunda ke Pelabuhan Haifa dan penumpangnya akan ditahan oleh pihak berkuasa Israel" SMS daripada YB Dr Abd Rani Osman

Kenyataan berkaitan 2 hari yang lalu:

Menurut pegawai kanan Insani Yardim Vakfi (IHH), Guldan Sonmez, Kapal Mavi Marmara berada di Laut Mediterranean sejak hari Jumaat lalu kerana terpaksa menunggu ketibaan kapal-kapal lain yang akan bergabung menyertai konvoi ini. Kapal terakhir tiba daripada Cyprus pada jam 1:30 pagi tadi. Kapal ini membawa angota-anggota parlimen Eropah, termasuk daripada Jerman dan Sweden.

Pihak berkuasa Cyprus mengenakan pelbagai kerenah birokrasi bagi menyukarkan pergerakan angota-anggota parlimen tersebut. Mereka terpaksa menukar laluan ke daerah Cyprus yang dikuasai Turki untuk menaiki kapal menuju ke tempat di mana kapal Mavi Marmara sedang menunggu.

Sembilan buah kapal dijadualkan menyertai konvoi ini. Walaubagaimanapun, dua buah kapal terpaksa membatalkan pelayaran, dipercayai akibat sabotaj. Dua buah kapal daripada Greece tersebut telahpun diperiksa dan disahkan layak untuk mengikuti pelayaran. (dipetik daripada Laman Web http://www.lifeline4gaza.org/)

Segala perkembangan berkaitan boleh diikuti di laman web tersebut dan di Astro Awani (CH 501)

Sunday, May 30, 2010

Mesej Dari LL4G - Malaysia


Delegasi LL4G - Malaysia ketika di Istanbul, Turki (19 Mei 2010)

"Kami sedang berada di perairan Gaza, dalam jam 04:30 petang waktu Malaysia. Kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah untuk menjaga keselamatan konvoi. Dijangkakan Komando Israel akan turun ke kapal dan cuba merampas kapal konvoi tersebut. Mohon doa' dan solat hajat dari semua"
Tuan Haji Noor Azman Mohd Samsuddin


LL4G - Lifeline For Gaza adalah kumpulan sukarelawan gabungan beberapa NGO di Malaysia yang bekerjasama dengan beberapa gerakan seperti Free Gaza Movement (Cyprus), IHH (Turki), MERC dan Kispa (Indonesia), dan beberapa lagi rakan NGO dari AS, Greece, Perancis, Sweden, Jerman, Itali, Venezuella dan sebagainya. Objektif utamanya adalah untuk menamatkan pengepungan dan penaklukan rejim Israel ke atas negara merdeka Palestin di samping menyalurkan segala bentuk bantuan yang mampu disalurkan kepada rakyat Palestin.

Antara NGO Malaysia yang terlibat adalah:
  • Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
  • Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
  • Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  • HALUAN Palestin
  • Palestinian Center of Excellence (PACE)
  • Aqsa Syarif
  • Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
  • Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  • Viva Palestina Malaysia (VPM)
  • Global Peace Mission
  • Muslim Care
  • Yayasan Amal Malaysia
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.lifeline4gaza.org/

Saturday, May 29, 2010

Lost - Finale

Seminggu yang lalu, aku telah melengkapkan tontonan Drama bersiri Lost (Episod ke 16-17, Musim ke 6)

Drama bersiri ini merupakan drama bersiri yang paling menuntut 'komitmen' aku, dengan waktu tontonan keseluruhan lebih daripada 120 jam. Ia menjadi fenomena di serata dunia, dengan bajet yang amat tinggi di samping bilangan pelakon utama yang paling ramai pernah dicatatkan dalam sesuatu produksi.

Unthinkable - Muslim Sebagai Pengganas Lagi..


Hollywood sering menggambarkan dan mengaitkan Islam dengan keganasan, dan tidak ada bezanya dengan filem ini.

Unthinkable mengisahkan H (Samuel L. Jackson), seorang penyoal -siasat (dan seorang penyiksa) diminta menyoal -siasat Yusuf (Michael Sheen), seorang pakar bom yang beragama Islam. Yusuf mendakwa telah memasang 3 buah bom nuklear yang diletakkan di 3 bandar utama di AS. H dibantu oleh oleh seorang agen FBI, Brody (Carrie Anne Moss), seorang yang mengutamakan integiriti dan etika dalam siasatan.

Filem ini menggambarkan betapa pihak berautoriti di AS sedia menggunakan apa sahaja teknik penyiksaan untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang disyaki. Dan H telah pergi lebih jauh di luar batasan kemanusiaan dengan membunuh isteri Yusuf dan mengancam untuk menyiksa 2 orang anak Yusuf di hadapannya.

Dan filem ini seolah -olah memberi justifikasi terhadap penyiksaan tersebut, dengan alasan ia untuk menyelamatkan jutaan nyawa manusia yang lain. "Either we kill his 2 kids or he kill thousand of ours!"

Friday, May 28, 2010

Judi Bola - Pandangan Dari Seorang Kaki Bola

Ramai pihak telah memberi respon terhadap pengumuman oleh Timbalan Menteri Kewangan mengenai kelulusan aktiviti perjudian bolasepak bersempena dengan Piala Dunia 2010.

Ulama sudah pasti membantah, samada secara diam ataupun tanpa selindung. Ulama di dalam kerajaan tampak membisu di dalam isu ini, tetapi saya yakin mereka turut membantahnya dalam senyap. Ahli politik terutamanya dari PAS sudah mengambil inisiatif yang difikirkan mereka sesuai untuk menzahirkan ketidak -setujuan mereka. Namun ada juga ahli politik Melayu - Islam dari pihak UMNO terutamanya yang memandang sinis bantahan tersebut dan mengalihkan pandangan masyarakat kepada isu dan permasalahan lain yang sedia wujud dalam negeri -negeri Pakatan Rakyat. Media arus perdana yang dikepalai oleh Melayu - Islam turut memandang enteng kepada isu ini atas sebab, ia dijuarai oleh PAS dan memberi imej negatif kepada kerajaan.

Monday, May 24, 2010

The Office

The Office are my current favourite TV Series (Comedy genre). Just completed their 6th season last week. Its a comedy show adapted from UK TV Series (same title) lingering around daily Dunder-Mifflin office life (paper company turned to printer company in 6th season). It's a story about office politics, management, romance, clueless manager etc. Most of the characters are unique but typical looking of American.

Piala Thomas dan Uber 2010 - Review


What a fussed? Blaming game and fiasco after Thomas Cup campaign between BAM, players, media and public.

First of all, I don’t see it as a failed campaign (nor success). Yes, we've humiliated by Japan in group stage. Closed won against Denmark but crashed out against tournament favourite, China.

Friday, May 21, 2010

Lost


Aku telah mengikuti siri ini sejak 2 tahun lepas dan tidak pernah terlepas barang satu episod pun. Lost telah memulakan tayangannya di US sejak 2004 dan kini berada di musim ke 6, pada episod ke 16. Ia akan menamatkan tayangan minggu depan (Selasa, 23 Mei)

Ia bermula dengan pengkisahan kelangsungan hidup sekumpulan penumpang yang terselamat daripada satu kemalangan kapal terbang. Penerbangan Oceanic 815 telah dijadualkan untuk terbang dari Sydney ke Los Angelas, tetapi terhempas di sebuah pulau misteri di selatan Pasifik. Cerita ini berevolusi dari menceritakan kehidupan mereka di pulau itu, sejarah dan latar belakang setiap watak utama, penghuni asal pulau tersebut, dan seterusnya merungkai setiap elemen misteri yang berada di pulau tersebut.

Setelah tayangan kira -kira 120 jam, terasa agak letih dan iaku ngin segera menamatkan segala rasa inkuiri yang wujud, seterusnya menyimpulkan segera kisah ini (I'm so into it!)

P/S: Siri TV US yang aku ikuti sekarang, CSI (Vegas), Mad Men, House dan The Office.

Menjadi Pengadil Ping -Pong


Sabtu yang lalu, aku berpeluang menjadi sebahagian daripada komiti satu pertandingan ping -pong. Aku hadir dengan niat untuk membantu di mana yang boleh.

Ping -pong merupakan salah satu sukan di mana aku pernah bermain secara serius (di mana aku pernah bermain untuk kolej kediaman aku semasa di UM dahulu). Tetapi aku telah terlalu lama tidak menyentuh bat ping -pong. Paling terakhir aku fikir 5 tahun lalu, itu pun one -off. Bermain suka -suka di rumah seorang rakan. Jadi, segala skil dan teknik permainan telah hilang. Segala peraturan (terutama kiraan mata) tidak begitu dingati.

Aku telah diminta menjadi pemain gantian untuk sebuah pasukan. Lawannya adalah seorang remaja (aku rasa dia berusia 18 tahun) yang dikatakan pernah mewakili Negeri. Seperti dijangka, aku tewas mudah straight game. Aku tidak berapa ingat kiraan matanya tetapi yang aku pasti aku tidak pernah melepasi angka 5 dalam 3 set tersebut.

Seterusnya, aku telah diminta menjadi pengadil pertandingan. Dalam keadaan terpaksa aku menerima amanah tersebut. Tambahan, aku fikir ianya satu tugas yang mudah. Tetapi pengadilan aku menjadi kucar -kacir kerana aku kehilangan tumpuan pengiraan mata dan dalam masa yang sama sentiasa dalam ketidakpastian tentang peraturan permainan. Pemain -pemain sering menegur kesilapan aku sambil tersenyum sinis.

Naib baiklah pertandingan ini berlansung dalam mood setiakawan. Jadi setiap kesilapan aku tidak diambil serius dan tidak menimbulkan sebarang kontroversi. Bukannya mudah menjadi pengadil! (Walaupun sekadar menjadi tukang kira sebenarnya).

Friday, May 14, 2010

Piala Thomas dan Uber 2010

 
Berakhirnya Impian..

Malaysia 0-3 China.. Begitulah tamatnya cabaran kita dalam kempen Piala Thomas kali ini. Agak menyedihkan, tetapi ianya bukanlah di luar dugaan. Lin Dan diakui pemain terbaik dunia, meskipun ranking IBF memberi indikasi Chong Wei lebih baik daripadanya. Itu hanya ranking dari segi pungutan mata hasil penyertaan pemain Malaysia yang agak aktif, pemain China lebih bersifat selektif dalam menyertai mana -mana kejohanan.

Beregu utama juga gagal menggalas harapan dan tekanan yang timbul selepas kekalahan Chong Wei. Choon Han pula memberi sedikit tentangan, tetapi perlawanan berlangsung mengikut skrip yang telah diduga. 3-0, 3 permainan straight game, kemenangan sempurna untuk China.

Mereka Lebih Rasis

Media pro kerajaan sering melabelkan pandangan tipikal bahawa DAP adalah parti perkauman, cauvinis dan sebagainya. Saya tidak berminat untuk menafikannya, mungkin ada benarnya, mungkin sekadar propaganda.

Tetapi pada hemat saya, parti komponen BN lebih taksub atau sekurang -kurangnya tahap perkauman dan cauvinis mereka sama taraf dengan DAP. Permulaan yang jelas, mereka bernaung dan dipecahkan atas nama parti perkauman. Pentadbiran ala -British 'Pecah dan Perintah' menjadi asas BN. Kalau DAP rasis, mereka jauh lebih rasis.

Sentimen perkauman yang melampau juga turut dimainkan oleh pihak mereka, cuma ia tidak diwar -warkan pihak media pengampu. 'Spinning Doctor' mereka akan mendiamkan isu sebegini jika ia datang dari satu pihak, tetapi akan mencurahkan minyak petrol jika ia datang dari pihak satu lagi.

Secara peribadinya, itulah sebab saya tidak pernah berminat dengan parti yang berasaskan perkauman. Mungkin perjuangan mereka benar, mereka banyak berjasa, dan sebagainya. Tetapi idea perjuangan berasaskan perkauman akan menjadi tidak relevan lagi pada masa kini dan akan datang.


Kain pemidang di atas memaparkan imej 'Mee Kampua'

"Kampua merupakan hidangan popular Foochow yang mengandungi bahan babi. Memandangkan majoriti di sini adalah Foochow, kami berharap dengan berbuat demikian, ia boleh menghantar isyarat jelas kepada pengundi mengenai isu negara Islam," kata Ngieng - Daniel Ngieng adalah Ketua Publisiti SUPP untuk Pilihanraya Kecil Sibu.

Piala Thomas dan Uber 2010


Tembok Besar China

Selepas melepasi halangan Denmark di suku akhir, skuad Piala Thomas negara bakal diuji dengan cabaran lebih getir lagi petang ini dengan turun menentang China.

Saya tidak mahu bersifat pesimis, tetapi peluang kita amat tipis. Lee Chong Wei dan pasangan utama Koo Kean Keat - Tan Boon Heong wajib menang, dan peluang mereka boleh dikira masih 50-50. Dan kita harus mencuri 1 mata daripada 3 acara selanjutnya yang jelas memihak kepada China di atas kertas.

Saya rasa akan ada perubahan pada gandingan kedua kita, samada Rexy akan mengekalkan gandingan baru tempohari ataupun memasukkan semula Fairuzizuan. Wong Choon Han sebagai perseorangan kedua juga boleh digantikan dengan Hafiz, dan meletakkan pemain muda sebagai satu elemen kejutan untuk perseorangan ketiga.

Tiada apa yang mustahil. Kita pernah mengejutkan China sekurang -kurangnya 2 kali di separuh akhir Piala Thomas (kedua -duanya saya tonton dan kedua -duanya China dilihat sebagai pilihan utama). Kalaupun tewas, diharapkan pemain kita dapat berjuang bermati -matian dan membawa perlawanan ini sehingga perlawanan penentuan perseorangan ketiga.

Malaysia Boleh!

Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas dan Uber 2010


Laluan Sukar ke Akhir

Skuad Piala Thomas dan Uber Malaysia menempa laluan sukar ke perlawanan akhir setelah undian dilakukan malam tadi.

Selepas menerima kejutan kekalahan kepada pasukan Jepun dalam Piala Thomas, laluan sukar ini tidak dapat dielakkan lagi. Malaysia bakal berdepan dengan gergasi Eropah, Denmark pada 12 Mei kelak. Manakala prospek bertemu dengan pemenang antara China dan Korea di separuh akhir kelak. Indonesia merupakan pasukan paling beruntung apabila diletakkan dalam undian paling selesa apabila dijadualkan menentang India, dan seterusnya Jerman atau Jepun di laluan seterusnya.


Skuad Piala Uber negara memang telah diduga untuk tewas kepada China semalam. Mereka bakal berdepan dengan Indonesia, juga pada 12 Mei nanti.

Sunday, May 9, 2010

Piala Thomas dan Uber 2010


Hari ini bermulanya kejohanan paling berprestij dalam dunia badminton, Piala Thomas dan Uber 2010 di Stadium Putra. Kedua -dua piala ini merupakan lambang supremasi dalam dunia badminton berpasukan lelaki dan wanita.

Wednesday, May 5, 2010

Perempuan Berkalung Sorban - Ulasan Dr Asri


Petikan Dr Asri di blognya:

"Apa yang penting filem ini sangat wajar untuk ditonton oleh mereka yang bersemangat agama. Jangan tonton dengan emosi atau anggapan ia serangan terhadap Islam, tetapi anggaplah ia sebuah kritik sosial yang diperlukan dalam sesetangah masyarakat"

Artikel penuh di blog beliau : Perempuan Berkalung Sorban Dan ‘Kritik Sosial’

Monday, May 3, 2010

Not Over Yet, But Let's Finish It In High.

 
Sunderland 0-1 United
Surely pre -match talk were dominated on Liverpool-Chelsea match, and the result cause most of United fans deflated.

United: Van Der Sar, Oshea, Vidic, Evans, Evra, Nani, Fletcher, Scholes, Giggs (C), Berbatov, Rooney.

A sight of Rooney and Oshea started will be delightful, and the likes of Brown, Ferdinand and Hargreaves fit enough to sit on a bench.